Beruk & Ziarah

Assalam Pembaca blog dpf,

Hari raya yang lepas.. sempat aku kunjungi sahabat lama.. sudah setahun tak berjumpa..
dulu aku rajin ziarah ke rumah beliau.. tapi bila dah ada kerja sambilan.. dah jarang - jarang ada masa terluang.. jadi sempena hari raya, tambahan plak tengah bercuti.. pegang streng terus saja pecut kesana..

Sempat la juga aku ziarah rumah kawan-kawan yang lain di sana.. Kawan-kawan yang lain tu semua kaki orkid.. berbalik pada sahabat aku nan sorang nie.. beliau nie berkemahiran menjinakkan beruk liar untuk memetik kelapa.. aku plak kalau dah kesana memang suka tengok telatah beruk - beruk kat rumah beliau..

Beruk - beruk nie memang ditangkap dari hutan dan kemudian dilatih untuk memetik kelapa.. beruk - beruk nie ada juga yang dijual.. harga dari RM700.. kalau berminat boleh contact saya.. maklum saja.. kadang2 saya ni jadi orang tengah.. dah kawan-kawan minta tolong..






Lagi satu kalau sesiapa yang berminat dengan pokok paku aji.. boleh juga menghubungi saya.. harga plak bergantung pada saiz pokok.. Saya cuma tolong jual ajer.. biasa jual pada nursery ajer.. skarang nak buka market.. Contoh pokok untuk rujukan seperti dibawah.. Gambar aku ambil dari sini dan blh rujuk laie kat sini



Harga pokok pada saya amat berpatutan.. sebabnya saya sendiri pernah mencuba untuk mengalami sendiri perihnya untuk membawa pokok nie turun dari gunung.. saya cuma bawa saiz yang satu kaki saja.. tapi 3 pokok la.. wouiihhh.. tobat.. kata orang utara.. aku tak mau dah.. 2 hari sakit badan.. pergi naik gunung jam 9 pagi, sampai ke tempat permulaan jam 6 petang..

0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates