Projek Kacukan

As Salam,

Kali nie aku nak post pasal projek kacukan yang sedang aku jalankan.. Projek nie cuma untuk mencari pengalaman dalam bidang kacukan ayam jenis bantam..

 Sumber gambar: http://www.cacklehatchery.com
 Sumber gambar : Flicker

Kacukan antara Golden Sebright dan Ayam Hutan
Kacukan anatra Goden Sebright dan Kacukan (Golden sebright x Coachin)
Kacukan antara Golden Sebright dan Silkie




Sumber gambar:http://rareaves.blogspot.com (baka ayam silkie aku datang dari sini)

Sebelum nie pun aku dah pun mencuba kacukan antara
Coachin dan Kacukan (Caochin x Silkie - colour Lavender)
Coachin dan Kacukan (ayam kampung x coachin)
Coachin dan Silkie

Projek kacukan nie aku dah laksanakan hampir 2 tahun..Macam - macam jenis corak bulu ayam bantam yang keluar.. cuma nanti aku akan pilih yang tertentu sahaja untuk pembiakan seterusnya..

Pabila Mentari Terbenam Di Ufuk Timur

Assalam,

Selamat menyambut Tahun 1433H pada seluruh umat Islam..Daku pohon pada yg esa pada tahun ini hidup kita dirahmati dan dimurahkan rezki hendaknya... Hari pertama di tahun baru nie.. dari pagi sampai petang dok sibuk selenggara reban.. lagi pun dah 4 bulan aku tak buat selenggaraan.. letih ler gak.. bila kerja banyak..

Pabila menjelang senja.. rutin yang dah menjadi kebiasaan.. tunggu ayam masuk reban.. sambil tue.. aku sempat 'snap' beberapa keping gambar.. ayam - ayam nie.. waktu siang hari aku lepas bebas.. maklum sajer.. resmi ayam.. bila dah terkurung mula la.. aku sepak kau.. kau sepak aku.. pagut bulu kawan - kawan..dari jadi macam tue.. lebih baik.. aku bagi kebebasan kat depa.. asal tak gi merayau kat laman orang.. mereka masih boleh bebas.. kalau dah melampau.. aku kurung balik selama 2 minggu.. 




Istilah Bahasa

Assalam,

Disini aku ingin berbicara tentang istilah bahasa di bahagian utara & tengah serta selatan tanah air..





Ia berkisar tentang ayam ler jugak.. Merujuk kepada gambar diatas, di bahagian utara  tanah air, ayam nie dipanggil ayam piru.. manakala di bahagian selatan mahupun tengah tanahair ayam nie dipanggil ayam belanda..


ok.. untuk gambar ke-2 di bahagian utara  tanah air, ayam nie dipanggil ayam belanda.. kadang kala ada juga orang kampung panggil ayam hingaq.. manakala di bahagian selatan mahupun tengah tanahair ayam nie dipanggil ayam mutiara atau api - api..


tue ajer citer aku nak kongsi buat masa nie.. jadi kalau orang Selatan turun Utara.. atau orang Utara turun Selatan.. harap - harap dah boleh faham ayam aper yang dimaksudkan jika dah berborak pasal 2 jenis ayam nie..

Pemberitahuan : Ayam Belanda (mutiara / api-api)


Assalam,



Buat pengunjung blog dpf, saya memaklumkan induk - induk ayam Belanda ( mutiara / api - api) telah saya jual keseluruhannya.. cuma yang masih ada pada saya sekitar 8 ekor sahaja anak - anak ayam belanda.. itu pun hasil dari induk yang telah saya jual..

Antara sebab saya menjual induk - induk berkenaan, ada pelanggan yang berminat, lagipun tempat plak dah hampir sesak dan sebab terakhir saya cuma nak biakkan spesis lavender dan royal purple..
Bila dah ada anak saya akan maklumkan melalui blog dpf..




Harga Ayam Piru

Assalam,
Berikut Adalah harga Standard Ayam Piru / Belanda di Pasaran, (Bahagian Utara)



HARGA AYAM PIRU
:- 1mggu - 2mggu  = RM 10.00 SEEKOR
:- 3mggu - 4 mggu = RM 18.00 SEEKOR

:- 2 BULAN = RM 25.00 SEEKOR
:- 3 BULAN = RM 35.00 SEEKOR
:- 4 - 7 BULAN = RM 75.00 SEEKOR

:- 7 BULAN = RM18/Kg - RM22/Kg


Nota: Manakala harga induk untuk pula berbeza
Black Spanish (Black @ white) RM150 seekor 
Piru Biasa RM120 seekor
Nicolas cage RM??? (aku x supply) ; berat boleh lajak hingga 25kg.. jd paham2 ajer harga nyer..

Untuk makluman ayam piru yang ada di dpf  sudah matang..  harga saya mengikut nota.. sesuai untuk pembiakan.. tinggal pun dah tak banyak.. sekitar 20-30 ekor sajer.. Sempena Hari Raya Haji akan dijual.. 




Harga Red Bourbon (Harga Standard)

:- 1mggu - 2mggu  = RM 30.00 SEEKOR
:- 3mggu - 4 mggu = RM 50.00 SEEKOR

:- 2 BULAN = RM 75.00 SEEKOR
:- 3 BULAN = RM 150.00 SEEKOR
:- 4 BULAN = RM 250.00 SEEKOR
:- 5 BULAN = RM 350.00 SEEKOR
:- 6 BULAN = RM 450.00 SEEKOR

:- 7 BULAN = RM 450.00 SEEKOR

Ayam red bourbon induk pada saya hanya sekitar 20-30 ekor sahaja.. anak - anak cuma berbaki 8 ekor dalam usia 2mggu - 2 bulan..

PERINGATAN: Harga berikut bukan harga Rasmi, hanya sebagai rujukan, lain tempat, lain individu, lain harganya

Jualan Ayam Piru sempena Raya Qurban

Assalam,

Sempena nak menyambut Hari Raya Qurban.. Sesiapa yang berada di kawasan Pulau Pinang dan Kedah (yg berhampiran) yang nak ayam piru untuk juadah / hidangan di hari raya boleh datang untuk membeli ayam piru dr saya..

Lokasi: Permatang Bogak, Kepala Batas, Pulau Pinang


Ayam Selasih @ Cemani???

Assalam,

Post kali nie berkenaan ayam yang serba hitam dari bulu dan isi dan ada kala nya sampaikan urat - urat kat dalam pun nampak hitam juga..tapi macam mana nak tahu urat kat dalam pun hitam juga yea.. Ada ler cara nyer.. Harga ayam nie bergantung kepada tahap kehitaman serta ciri - ciri lain sebagai tentu ukur.. antara ciri tentu ukur, darah, berat, kulit, bulu dan salur darah..Ilmu nie pun aku dapat dari 'pembeli'..

Kalau kreateria atau pun  ciri - ciri nie dipenuhi.. maka tersenyum lebarlah pemiliknya.. Harga biasanya bermula dari RM5k.. tahap peratus pada kebiasanya akan dibeli bermula dari 80% tahap kehitaman..

Ini induk yang aku warisi.. Jantan & Betina.. Walaupun mak & bapak nyer hitam.. blum tentu anak - anak yang terhasil akan memiliki ciri - ciri yang dah aku sebutkan tadi.. korang memang bernasib baik kalau memiliki ayam selasih yang memenuhi ciri yang dicari - cari..

Jantan ada 2 ekor, jantan & betina kat dalam sangkat tu dah 'let go' cuma jantan kat depan tu masih ader..

Ini anak generasi ke dua yang aku miliki.. kacukan antara ayam selasih hitam dan ayam selasih botak.. Kini ayam hybrid selasih ini dalam proses pengasingan bagi menjaga kualiti kehitaman yang dikehendaki.. Hanya yang melepasi tahap peratusan kehitaman sahaja akan dipilih.. dan kemudian akan dibiakkan.. yang tidak mencapai standard dikehendaki akan di buat lauk..





Aku cuba menghasilkan ayam selasih botak yang semacam ayam cenami @ ayan kedu  macam d indonesia.. Diaorang dah stabil.. maklum saja dah berpuluh tahun pun ayam kedu ini wujud...
Perkembangan untuk variasi ayam selasih botak akan dikemaskini di masa akan datang.. tungguuu..

Anak Red Bourbon untuk Jualan..

Assalam..
Berita baik.. kini ayam piru red bourbon sudah mula bertelur.. maka dengan itu.. aku nak jual anak-anak ayam red bourbon dengan harga RM30 seekor.. sapa - sapa yang berminat boleh datang dan beli kat dpf..



Beruk & Ziarah

Assalam Pembaca blog dpf,

Hari raya yang lepas.. sempat aku kunjungi sahabat lama.. sudah setahun tak berjumpa..
dulu aku rajin ziarah ke rumah beliau.. tapi bila dah ada kerja sambilan.. dah jarang - jarang ada masa terluang.. jadi sempena hari raya, tambahan plak tengah bercuti.. pegang streng terus saja pecut kesana..

Sempat la juga aku ziarah rumah kawan-kawan yang lain di sana.. Kawan-kawan yang lain tu semua kaki orkid.. berbalik pada sahabat aku nan sorang nie.. beliau nie berkemahiran menjinakkan beruk liar untuk memetik kelapa.. aku plak kalau dah kesana memang suka tengok telatah beruk - beruk kat rumah beliau..

Beruk - beruk nie memang ditangkap dari hutan dan kemudian dilatih untuk memetik kelapa.. beruk - beruk nie ada juga yang dijual.. harga dari RM700.. kalau berminat boleh contact saya.. maklum saja.. kadang2 saya ni jadi orang tengah.. dah kawan-kawan minta tolong..






Lagi satu kalau sesiapa yang berminat dengan pokok paku aji.. boleh juga menghubungi saya.. harga plak bergantung pada saiz pokok.. Saya cuma tolong jual ajer.. biasa jual pada nursery ajer.. skarang nak buka market.. Contoh pokok untuk rujukan seperti dibawah.. Gambar aku ambil dari sini dan blh rujuk laie kat sini



Harga pokok pada saya amat berpatutan.. sebabnya saya sendiri pernah mencuba untuk mengalami sendiri perihnya untuk membawa pokok nie turun dari gunung.. saya cuma bawa saiz yang satu kaki saja.. tapi 3 pokok la.. wouiihhh.. tobat.. kata orang utara.. aku tak mau dah.. 2 hari sakit badan.. pergi naik gunung jam 9 pagi, sampai ke tempat permulaan jam 6 petang..

Salam Aidulfitri 1433

Salam,

 


 
Kepada seluruh umat Islam di dunia, dpf mengucapkan Salam Aidulfitri 1433. Semoga mendapat keberkatan dan segala amalan di terima Allah S.W.T .  Amin

Red crested and Common shel for sale

Assalam,

Kat dalam video nie.. ada common shel duck dan red crested duck Pejantan.. dah matang pun.. yang nie kekawan minta tolong jualkan.. yang betina dah pun dijual.. jadi tinggal yang jantan ajer.. Harga yang kawan aku letak RM1500 seekor.. Klu berminat mesej @ PM.. untuk pengetahuan elok ajer email @ sms aku.. aku nie dari jam 6pm-12am.. phone aku dah terbiasa tinggalkan.. maklum saja untuk tahun nie byk gak aktiviti di luar waktu kerja..

Red Bourbon For Sale (Red Bourbon untuk Dijual)

Assalam..

Lama juga tak mengepos... kat tempat aku baru jer lepas habis wabak penyakit.. kali nie nasib tak baik.. salah sendiri gak.. aku lambat beri vaksin kat ayam-ayam yang ada... jarak gelombang penyakit plak selang 2 minggu.. habis ler gak satu reban.. tinggal induk-induk jer masih diberi hayat..

Post kali nie.. aku nak 'let go' ayam-ayam red bourbon yang ada.. cukup ler untuk aku simpan 3 pasang ajer.. Sepasang RM900 ajer.. semua dah matang.. Sapa-sapa yang berminat boleh call atau PM aku..

Sebelum tu.. aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA pada korang semua..
Moga-moga RAMADHAN kali nie.. lebih hebat lagi ibadah kiter..

Ayam Kacukan

Assalam...

Kali nie aku nak berkongsi crita ttg ayam kacukan antara golden bantam & bapa coachin.. Macam2x variant yang terhasil.. Nie salah satu hasilnya... Dalam lima ekor yang terhasil, ini saja jantan yang aku miliki.. Mulanya nak jer aku buat sup.. bila dah hari2x tengok.. cantik ler plak.. trus tak jadi nak sembelih..

Jantan nie memiliki balung rosecomb.. gaya ayam plak.. banyak ikut coachin..  Jantan nie aku biar bebas.. mmg cergas.. cuma masih belum galak laie.. jantan nie tak ler seliar ayam kampung.. tapi.. bila dah nama ayam.. kalau dah dibiar bebas.. mmg akan jadi jinak2x merpati..

Gambar betina nanti aku upload di lain pos..

Jalan2 sekitar Pulau Mutiara

Assalam..

Minggu nie aku memang rasa bosan.. sudah 2 minggu.. di waktu petang hujan asyik turun..

Nak buat kerja pun agak terbantut.. maklum saja kawasan bangsal nyer.. jenis kawasan terbuka..

apa pun tak bleh nak bersungat.. hujan tue kan rahmat.. rezki dari Allah jua.. jadi kiter sebagai manusia wajib bersyukur..

Lagi pun aku pun sebenar nyer dah bosan giler.. kawasan bangsal lembab.. jadi rasa malas nak jenguk2 kat dalam bangsal tue.. makanan & minuman untuk ternakan pun cukup...

Pagi ahad aku pun tak tahu nak ke mana.. jadi pusing pulau jer.. tengahari terus memandu gi pekena nasi briyani hamidiah.. hujan turun renyai2.. fuhhh.. lg ler sedap nak melantak.. boyot juga ler perut.. hehe..

Dah habis melantak.. pusing2 kat air itam, balik pulau, titi kerawang dan sampai ler kat Taman Rama - rama.. walaupun aku nie dok Penang tapi nie ler kali pertama aku masuk tengok pemandangan kat dalam tue..

Hangpa tengok ler sendiri aper ader kat dalam tue..





















Dah habis merawang di dalam taman rama - rama, mcm biasa balik rumah ler.. nak kena bagi ayam2 makan plak..

chiow..

Jalan - Jalan di Thailand

Salam..

Cuti panjang baru nie dlm 'adhoc' nyer rancangan.. dapat ler aku ke Bangkok bersama kengkawan orkid.. Untung gak jadi 'committe' dalam FOMOS nie.. Selain bela 'pet' aku pun tanam orkid.. cuma okid 2 kaki jer aku blum kumpul.. haha.. 4x rancang nak gi sana.. asyik tak jadi jer.. demo baju merah ler.. baju kuning ler.. banjir.. iuhh.. letih tu.. dh beli tiket terpaksa ler claim balik..

Masa lawatan di ladang orkid.. ader gak ayam sabung..hehe.. aku pun tengah blajar2x pasal ayam sabung nie.. jd ambil peluang ler tengok ayam2x kat situ..lg pun aku mmg sdg mencari ayam2 sabung utk di bela.. yg penting kena dapatkn ayam 'bond'.. hehe..




Dah abis lawatan ke ladang2 orkid.. malam akhir.. jalan2x ler plak di Siam Paragon & Pat Pong..gambar2x kat Pat Pong x bleh ler nak publish.. kang jadi 18sx plak.. hehe..


Itik Nila....

Kali nie tak banyak itik nila yang menetas.. nie antara yang dah mulai teruna & dara.. masih ada lagi 3 ibu yang sedang mengeram.. harap2x banyak ler yang menetas..





Angsa ...

Tahun nie blum ader rezki nak timang anak angsa.. kesemua telur tak menjadi anak.. tak per.. rumah baru utk ang.. pun dah siap.. harap2x nanti bleh dpt anak- anak ang yg comei..


 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates