Angkara Biawak

Salam Semua pengunjung blog DPF..
Kelmarin merupakan hari yg mendukacitakan bg aku.. anak - anak ayam mutiara peliharaan utk dipasarkan dalam tempoh 2 bulan mati di belasah oleh biawak durjana..

Sebanyak 41 ekor mati dibunuh.. Sedih ada.. marah pun ada... nasib baik biawak tu dah cabut.. Sudah 2 hari biawak berukur 8 inchi paip PVC berkeliaran kat tepi bangsal.. aku memang terbakar dengan biawak nie.. Petang tadi.. umpan beracun sudah disiapkan untuk sang biawak..

Ini kejadian yang kedua dalam tempoh 2 hari.. kejadian pertama biawak berukur 3 inchi paip PVC memasuki kurungan burung puyuh.. kejadian cepat disedari.. 5 ekor puyuh kena bedal dengan ekor.. kelima - lima nya mati.. biawak tu pun mati, kena belasah dengan kayu..

Bangsal yang aku bina mmg ringkas.. cuma dikelilingi pukat.. tujuannya aku mahukan persekitaran terbuka untuk ayam - ayam peliharaan.. sebabnya dari pemerhatian aku.. ayam - ayam yang ceria lebih cepat membesar berbanding ayam - ayam yang aku peliharaan secara kurungan..

 Rupa khemah yg dah diubahsuai untuk menempatkan angsa dan ayam mutiara

 41 ekor anak - anak mutiara berusia 3 bulan yang di gigit serta di bedal dgn ekor sang Biawak

 Baki anak mutiara yang terselamat

0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates