Anak Ayam Menetas lagi...

Salam Pemgunjung dpf,

Hari nie anak- anak ayam menetas lagi.. 6 ekor ayam kampung.. 6 ekor ayam mutiara.. 6 ekor ayam piru..








Wajah - wajah baru di DPF

Salam Pengunjung Blog dpf,

Hari ini merupakan hari yang sibuk bagi aku.. rutin biasa bagi diri aku, kalau tiada kerja luar kawasan.. jam 8:15am.. aku gi hantar ibu mengaji.. lepas menghantar biasanya aku akan terus ke bangsal untuk menguruskan ternakan..

Tapi hari nie berbeza sikit.. aku terpaksa menyelesaikan, urusan peribadi.. kang terlambat.. kena bunga lak.. tengahari aku terus pergi dapatkan stok makanan untuk ternakan.. jadi terus saja tanya kat 'tokey' kedai.. ada tak anak ayam yang menetas hari nie.. sebabnya esok aku tak boleh datang ambil.. ada 'show' kat Perlis..

Petang lepas asar, aku teruskan kerja kelmarin.. pemasangan bumbung untuk bangsal ayam - ayam piru.. maklum saja bumbung kanvas dah terkoyak.. aku pun dah rimas dengan becak kat dalam bangsal.. ehmm.. ingatkan boleh pasang bumbung.. tapi tak sangka lak.. rumit lak kerja hari nie.. ok lah tu.. jadi lah dapat siapkan kan rangka bumbung hari nie..  lusa aku sambung kerja balik.. dah masuk maghrib.. jadi kena ler brenti..

Sebab esok nak kena meriahkan pertandingan orkid kat Perlis.. jadi lepas maghrib, aku sambung kerja bagi makan ternakan plak.. nasib baik partner tolong selenggara minuman.. Kebiasaan, kalau dah ada 'show' paling awal jam 6pm baru sampai rumah.. kadang - kadang jam 9pm.. baru sampai..

Fuhhhh.. jam 9pm baru habis kerja.. letih ler gak..

Hadiah untuk hari nie.. 4 ekor ayam piru, 4 ekor ayam mutiara, 2 ekor pied, 2 ekor lavender..








Anak - Anak Baru Menetas

Salam,
Hari nie.. hujan turun agak lebat sejak dari pagi.. ehmm... habis lecah kawasan ternakan ayam piru.. tak sempat aku nak dirikan tiang & pasang bumbung.. aku memang dah lama bercadang nak naik taraf, kandang lama nie.. bumbung kanvas yg sedia ada pun dah bocor, pukat yang pun sedia ada dah koyak kena gasak dgn ayam piru..

Rimas gak aku tgk kandang tu.. orang utara kata 'belengaih'.. nasib baik tak jadi 'keleboq'..

Tapi tak kesah la.. jam 8pm tadi.. aku pun cari bil untuk pi ambil anak ayam.. sambil2 tu bawa la sekali telur utk dieramkan..cadang nak pi ambil jam 7pm..  tp ada tetamu dtg berkunjung.. kawan-kawan se 'pegumpul' orkid.. aku panggil raymond & uncle jer.. dah 2 tahun gak depa tak mai..  (tinggal lu citer pasal depa) sampai jer kat kedai.. pelanggan dah tak ada.. jadi tak perlu aku tunggu lama - lama.. Nie la rupa anak - anak yang aku bawa balik..

 
 




Aktiviti Hujung Minggu

Salam pembaca Blog DPF,
Hujung minggi nie aku tak ke mana - mana, hari sabtu aku sibuk menyiapkan rumah orkid yang ranap di timpa pokok kelapa.. sempat juga aku siapkan dalam 50%.. hari ahad.. aku sibuk meyelenggara sangkar anak ayam..

Sebelum nie, sangkar aku baluti dengan net hijau..  namum sepanjang 2 minggu lepas.. ada beberapa ekor anak - anak ayam yang mati.. aku tercari - cari punca kematian.. yang aku dapati bahagian belakang sangkar telah koyak.. tapi aku menyangka, anak - anak ayam piru yang memagut hingga terkoyak.. cuma pada minggu lepas, ketika aku membuka pintu sangkar, seekor tikus yang 3 kali ganda besarnya dari anak ayam piru sedang melepak dalam sangkar.. dan terjawablah teka teki kematian anak- anak ayam nie..

Hari ini, aku mengambil keputusan membuang kesemua net hijau dan aku gantikan dengan jaring besi bersalut plastik.. lepas nie.. anak -anak ayam tu tak perlu risau.kalau dah tidur.. cik siti hanya bleh mengintai saja.. pada cik siti.. jangan lah dok kacau anak - anak ayam tu.. kesian kat aku..

Pied Guinea Fowl

Salam,
Alhamdulillah, baru - baru nie.. dapat juga aku biakkan Pied Guinea Fowl.. 5 Ekor ayam mutiara yang comel..



Angkara Biawak

Salam Semua pengunjung blog DPF..
Kelmarin merupakan hari yg mendukacitakan bg aku.. anak - anak ayam mutiara peliharaan utk dipasarkan dalam tempoh 2 bulan mati di belasah oleh biawak durjana..

Sebanyak 41 ekor mati dibunuh.. Sedih ada.. marah pun ada... nasib baik biawak tu dah cabut.. Sudah 2 hari biawak berukur 8 inchi paip PVC berkeliaran kat tepi bangsal.. aku memang terbakar dengan biawak nie.. Petang tadi.. umpan beracun sudah disiapkan untuk sang biawak..

Ini kejadian yang kedua dalam tempoh 2 hari.. kejadian pertama biawak berukur 3 inchi paip PVC memasuki kurungan burung puyuh.. kejadian cepat disedari.. 5 ekor puyuh kena bedal dengan ekor.. kelima - lima nya mati.. biawak tu pun mati, kena belasah dengan kayu..

Bangsal yang aku bina mmg ringkas.. cuma dikelilingi pukat.. tujuannya aku mahukan persekitaran terbuka untuk ayam - ayam peliharaan.. sebabnya dari pemerhatian aku.. ayam - ayam yang ceria lebih cepat membesar berbanding ayam - ayam yang aku peliharaan secara kurungan..

 Rupa khemah yg dah diubahsuai untuk menempatkan angsa dan ayam mutiara

 41 ekor anak - anak mutiara berusia 3 bulan yang di gigit serta di bedal dgn ekor sang Biawak

 Baki anak mutiara yang terselamat
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates