Anak-anak angsa yg semakin membesar

Salam,

Anak-anak angsa yg aku beli dulu kini dah pun berusia 2 bulan. Sungguh aku tidak menyangka cepat sungguh mereka membesar, jadi kawasan yang sedia ada sudah nampak seakan sempit. Jadi, usaha memindahkan anak-anak angsa terpaksa dilakukan.

Mulanya, usaha untuk memindahkan anak-anak angsa dilakukan pada sabtu (9/10), tapi terpaksa dibatalkan sebabnya rakan aku baru saja pulang dari UPM sempena Hari Konvokesen anak saudaranya. Jadi, pada hari itu kira diistiharkan hari untuk bercuti. Pada keesokkan hari, barang-barang untuk pembinaan kepungan sementara dibeli. Dalam jam 2 petang, kerja-kerja pemasangan pukat dilakukan, hanya kayu - kayu terpakai & buluh digunakan sebagai tiang. Pukat dipasang mengelilingi reban yang sedia ada, hanya 'cable tie' saja yang dilakukan untuk mengikat pukat pada tiang-tiang. Untuk lapisan kedua, pemasangan mata punai '1 inchi' dilakukan. Ini sebagai langkah-langkah keselamatan dari biawak - biawak besar yang ada disekitar reban.

Biawak - biawak ini, boleh dikatakan sepanjang 1- 1.5 meter: anggaran yang aku buat setelah aku sendiri melihat mereka berkeliaran sekitar bangsal. Harap - harap biawak berkenaan tidak menganggu haiwan-haiwan ternakan yang ada. Akhir sekali,Kanvas dipasang sebagai tempat teduhan & juga tempat untuk meletakkan makanan serta mengelakkan makanan tersebut dari hujan.

Maka, siap sudah kawasan baru untuk angsa ini bermain-main.  Pertama kali anak-anak angsa dipindahkan, seronok betul mereka ini berlari-lari. Bila sudah malam, anak-anak angsa ini pandai pula cari jalan keluar. Terpaksa aku & rakan halau masuk kedalam kandang. Mereka boleh buat 'dek' , tak nak masuk. Mahu tak mahu aku & rakan terpaksa jadi bapa angsa. Kami terpaksa masuk dulu kedalam kandang. Kemudian baru anak-anak angsa ini ikut masuk.

Seminggu kemudian anak-anak itik Nila & jawi pekan juga dipindahkan kesini. Maklum saja, itik-itik angsa, nila & jawi pekan suka keadaan yang berlopak, rasa kurang selesa pula aku tengok keadaan yang berair didalam tempat yang sedia ada. Pembahagian juga dilakukan untuk mengelak anak-anak itik nila ini jadi mangsa buli.







0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates