Salam semua,
Incubator yang aku tunggu akhirnya tiba jua.. Jam 1:55pm ada pekerja penghantar barang dari pos laju menelefon untuk bertanyakan lokasi kediaman aku. Kebetulan, di rumah memang tiada sesiapa, jadi pekerja berkenaan meminta aku untuk mengambil kiriman barang di Pejabat Pos Laju Di Butterworth antara jam 6pm-8pm. Inkubator automatik aku tempah dari En Nizam (anizamagrofarm.blogspot.com). Tempahan ini aku buat pada 3/9/10, masa tu sudah hampir raya puasa, jadi En Nizam tidak dapat menyiapkan tempahan dengan cepat. Maklum saja, ada lagi tempahan yang perlu beliau siapkan. Jadi aku kena tunggu giliran.
Bila sudah siap, baru En Nizam SMS aku. Aku pula sudah tidak sabar menunggu ketibaan incubator model automatic forced-air AT-100A, lepas makan, aku pun terus menuju ke Deposit Cash mesin di CIMB untuk selesaikan pembayaran. Padahal, sehari sebelum itu, aku berada di KL, kena bertugas luar kawasan, kena pula 'travel' ke 3 tempat berasing, masa 2 hari di Slangor, aku ternanti-nanti SMS, kalau2 masa tu incubator sudah siap, namun SMS yang ku nanti tidak kunjung tiba. Jam 10:30pm baru aku sampai rumah. Keesokan petang baru aku terima SMS, kecewa la juga, sebab masa tu aku sudah pun berada di Penang. Maklum saja, aku sudah pasang angan2 untuk ambil sendiri.. hehe.. kira kes teuja lebih..
Jam 6pm-8pm, masa sibuk akulepas pulang dari kerja. Masa untuk aku dengan ayam2 di bangsal.. kebetulan petang yg sama aku & partner, ada temu janji untuk kerja2 penambakan tanah.. gara2 membesarkan kawasan ternakan..
Jam 6:40pm aku bertolak ke Pejabat Pos Laju di Butterworth, jam 7:40pm baru aku sampai. Masa aku terima incubator dalam kotak, aku dah terasa pelik, kenapa didalam berbunyi seperti ada yang bergerak.. Masa memandu balik, aku tertanya2 bunyi apakah didalam inkubator tu.. Sampai dirumah orang tua, masa tu dah jam 8.00pm,aku biarkan kotak di dalam kereta.. Jam 9:30pm aku keluar untuk selesaikan duit ansuran rumah & dalam jam 11pm baru aku sampai kat rumah sahabat.. Bila dah sampai, terus aku cari gunting, perasaan curiga menyelubungi aku, kenapa bahagian hujung kotak ni kena koyak.. Bila incubator dah dikeluarkan dari kotak, aku pun buka penutup inkubator ni.. Buatannya memang kemas cuma ada bahagian yang buat aku !!!! Adusss.. kecewa la juga.. bila tengok 3unit mentol holder dah patah.. aku jadi tertanya-tanya macam mana pekerja pos laju mengendali barang 'fragile' ni.. Aku pun agak musykil dengan keadaan kerosakan pada inkubator ni.. Sakit hati juga.. tak pasal2 aku kena cari ganti mentol holder ini.. apa pun masa itu juga aku SMS En Nizam bagitahu keadaan Inkubator yang aku terima..
Inkubator auto ni, adalah sebagai langkah-langkah awal penyediaan bagi penetasan telur yang bakal dikeluarkan oleh baka-baka yang ada. Maklum la, inkubator manual yang ada mana la boleh tampung kalau ayam-ayam yang ada sudah mula mengeluarkan telur.. Buat masa ini hanya 10 biji telur sahaja yang dihantar keluar untuk penetasan, sebabnya inkubator manual yang ditempah tidak siap seperti yang dijanjikan.
Terima Kasih pada En Nizam di atas sumbangan kepakaran saudara dalam membantu penternak-penternak seperti kami ini..
Moga-moga lepas ini dapat aku kembang biakkan spesis ternakan yang ada di bangsal aku ini..