Vaksin

Esok cuti satu Malaysia.. jadi malam nie... seperti yang dirancang, semua ayam2 yang berusia lbh satu bulan akan disuntik dengan vaksin ND.. Ia dikenali dengan nama sampar secara umum atau hawar secara khusus di utara Semenanjung Malaysia, secara saintifiknya ia dikenali dengan nama Newcastle Disease (ND) dengan nama virus penyebabnya iaitu virus paramyxovirus (dipetik dari anizamagrofarm.blogspot.com/2010_05_01_archive.html) . Bermula jam 8:30pm bermula la kerja2 penvaksinan.. Batch pertama yang divaksin adalah itik Red Crested yang ke dua ayam piru.. lenguh juga lah tangan nak mengangkat ayam2 belanda ni.. sbb ada yang dah berat2.. dah habis pergi lak suntik pada ayam2 mutiara.. boleh tahan juga dengan ayam2 mutiara nie.. dalam kesamaran pun lasakla juga.. habis kepala aku kena cakar.. dah selesai pergi ke bahagian  merak.. cabaran la juga.. maklum ler baru pertama kali suntik sendiri.. nyaris2 aku terjatuh.. gara2 merak megelupur nak melepaskan diri.. sudah selesai di bahagian merak.. kami beredar pulak ke bahagian ayam2 silkie.. Jam 10:30pm baru ler.. kerja2 penvaksinan ni selesai..

Lepas dah bagi vaksin baru ler rasa lega.. Vaksin ni boleh bertahan untuk 6 bulan, jadi pada 16 March 2011 baru ler suntikan untuk baka2 akan dilakukan semula..

Keesokan hari ternakan ni perlu diberi ubat demam.. seperti mana manusia.. ada sesetengahnya akan mengalami sindrom demam selepas menerima vaksin.. jadi bagi memastikan ternakan berada dalam keadaan yang sihat.. adalah lebih baik.. keesokan hari dan juga pada hari berikutnya ternakan ini diberi ubat demam..  Pagi tadi selepas diberi suntikan aku tengok ternakan berada dalam keadaan yang agak kurang cergas.. dan pabila menjelang tengahari ayam2 ini dah mula cergas.. petang tadi aku & rakan dah tukar air yang bercampur dengan vitamin kepada air yang dicampur dengan ubat demam...

1 comments:

Sin Long Heng said...

Nice Post!!
Please look here at Welcome to Sin Long Heng where you will only find Chicken Supplier Malaysia. Whether you're looking for a chicken supplier in Malaysia, you've come to the right place! Sin Long Heng is one of the largest wholesale chicken suppliers in Malaysia. We have a wide range of poultry products at competitive prices.

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates