Itik Nila & Jawi Pekan

Salam,
Aku & Sahabat memang bercadang untuk memelihara itik nila, kebetulan 26/9 yang lepas tercapai jua hajat di hati. Dapat beli 3 ekor: 1 jantan & 2 betina.. Mulanya mahukan yang dewasa, tapi bila sudah jumpa yang kecil molek. Lebih baik sambar terus, yang ada pun cuma dalam 3 ekor. Maklum saja, cuma pada hari bercuti saja kami boleh tinjau pada kawan-kawan untuk cari benih ternakan & pada 29/9 kami tambah lagi sepasang itik jawi pekan sebagai koleksi ternakan itik.

Emerald Green Peafowl & Common Shelduck

Salam,
Hari ini merupakan hari yang mengembirakan aku. Selain dari Inkubator, hari ini aku juga Merak & Itik yang aku tunggu sudah tiba di "little farm".. Sudah hampir sebulan penantian baru kini Emerald Green Peafowl & Common Shelduck berada di depan mata.. hehe.. Orang yang paling gembira, siapa lagi kalau bukan sahabat baik aku nan seorang, tersenyum sampai ke telinga. Begitu juga dengan yang lain-lain, bertuah dapat keluarga yang bagi sokongan dalam hobi penternakan.







Inkubator Manual

Salam Buat Pengunjung Blog ini,

Sabtu ; 25/9 aku ada menempah inkubator manual di kedai, tauke kedai memaklumkan hari Isnin aku sudah boleh datang untuk ambil inkubator tersebut. Hari Isnin memang aku tidak boleh datang, jadi aku serahkan urusan ini pada sahabat baik aku untuk urusan berkenaan.. sebabnya hari Isnin-Selasa aku kena pergi "outstation" berkaitan urusan kerja penyelidikan di Institusi tempat aku bekerja. Semasa di KL dalam kepala aku, inkubator sudah boleh beroperasi pada hari isnin tu. Letih juga bila nak kena mengembara ke 3 tempat dalam masa 2 hari, aku bertolak dari Kulim jam 9:20am, sampai di Shah Alam dah 1:55pm, pemanduan tanpa henti, gara-gara jam 2:30pm sudah kena masuk mesyuarat. Keesokkan pula jam 9:00am bertolak ke Serdang, sebab tersalah masuk lorong, aku sampai lewat setengah jam dari masa temujanji. Kira bertuah juga, sebab yang lain - lain pun lewat sampai. Masing-masing lewat setengah jam. Lega rasanya. Aku ni, walaupun sudah 7 1/2 tahun tinggal kat Shah Alam tapi jalan-jalan di sini aku tidak hafal. Selalu juga aku tersalah ambil lorong. Jam 11am baru sampai ke tempat yang dituju. Jam 3pm aku kena berada di FRIM, Kepong. Nasib baik, bangku pemandu di ambil orang, jadi dapat aku rehat sekejap. Maklum saja, nanti aku juga yang kena memandu ke Penang. Habis meeting, aku sudah tak sabar memandu balik, jam 10:30pm baru sampai di Rumah.

Ehmmm.. sampai saja dirumah, aku terus menelefon sahabat baik, terasa hampa juga, bila di beritahu inkubator belum juga siap, di suruh nya datang hari rabu,jadi hari rabu aku & sahabat pergi lagi, belum juga siap..  memang aku sudah rasa bengang degan tauke ni.. asyik ubah hari saja. Hari ni pun pergi lagi.. nasib baik siap.. sejuk hati,aku sudah tidak sabar hendak masukkan telur2 Button Quail dalam inkubator ini.. Tercapai juga cita-cita untuk eramkan telur ini sendiri..


Kematian yang menjadi tanda tanya..

Hari Ahad (26/9) & Isnin (27/9) merupakan yang yang mendukacitakan bagi aku.. Jam 11:30 pm aku menerima berita Kematian Ibu Saudara yang mana pada diri ku, ibu saudara ini merupakan Insan yang amat memahami diri aku, tempat aku menumpang kasih, tempat aku merujuk samada perihal peribadi, perniagaan dan lain-lain hal. Termanggu aku seketika, padahal aku memang tidak bersedia untuk menerima kehilangannya. Maklum saja, masa hari raya hari tu kami 2 keluarga bersama-sama pergi mengunjungi sanak saudara yang lain. Walaupun kurang bertenaga tapi ibu saudara aku masih mampu menguntum senyuman. Selain dari ayanhanda ku,ibu & adik beradik yang lain, aku juga memang mengharapkan untuk ibu saudara ku ini menyaksikan kejayaan aku dalam bidang kerjaya penyelidikan yang sedang aku ceburi mahupun bidang ternakan & penanaman orkid. Tapi Allah lebih mengasihani ayahanda ku & ibu saudara ku ini. Moga Allah menempatkan mereka dikalangan orang-orang yang soleh.

Jadi, segala urusan pada hari Ahad & Isnin aku serahkan pada rakan kongsi. Cuma pada petang selasa baru aku boleh bersama-sama untuk menguruskan semula ternakan & tanaman orkid. Sebelum pada itu sahabat aku sudah memaklumkan ada seekor ayam belanda sudah mati, 2 ekor ayam belanda kurang sihat & seekor ayam remaja selasih mati.Petang hari selasa masa aku sampai, aku terpandang salah seekor mati kelemasan; gara-gara terjun kedalam kolam mandian itik, bila aku jenguh ke dalam reban ternakan ayam selasih yang remaja, aduh; aku terlihat seekor lagi ayam selasih telah pun mati disusuli, dengan seekor ayam belanda.Sedih juga bila tengok ayam ini di depan mata.

Jadi, untuk sepanjang 2 hari ni, aku dah kehilangan 3 ekor ayam belanda yang hampir matang (sudah masuk 9 bulan) & 2 ekor ayam selasih remaja. Aku & sahabat masing2, jadi bingung, kenapa ayam2 ini boleh mati, sedangkan selepas 3 hari anak-anak ayam yang menetas akan terus diberi vaksin & pada usia 3 bulan ayam-ayam ini akan disuntik dengan vaksin pencegahan dari penyakit sampar. Kami sudah sedia maklum, sepanjang tempoh 3 hari ini, hujan memang cukup lebat. Kami tercari-cari punca kematian ayam-ayam ini.. Kalau kena sampar sudah tentu ayam-ayam kampung yang diternak sudah banyak menemui ajal. Cuma dari pemerhatian, apa yang kami lihat, bila masuk musim hujan, kebanyakan ayam2 akan nampak monyok.. maklum saja tidak dapat bergerak bebas. Kebiasaannya, pada waktu petang, ayam-ayam ini akan dilepas bebas untuk selama 2 jam. Yang aku paling tidak suka pasal ayam-ayam ini ialah budaya membuli, budaya suka mematuk bulu kawankwan.. budaya pijak kawan-kawan.. jadi untuk memastikan ayam2 yang lain sihat, maka kami mengambil keputusan mengasingkan pembuli ni dari kelompoknya. Salah satu kaedah yang pernah kami praktik adalah dengan meletakkan batang pisang untuk ayam-ayam memagut.. dalam satu hari habis batang-batang pisang ni dipagut.. kalau kena sebulan, kami pun tidak tahu dimana hendak cari batang-batang pisang ini.. Jadi kaedah yang ke dua adalah meletakkan batang sagu, tapi zaman sekarang ini, bukan senang hendak cari orang yang boleh bekalkan batang sagu, satu batang sagu yang dipotong 3 kaki, boleh bertahan untuk 2 bulan bagi 30ekor ayam,sudah 3 minggu kami merayau-rayau cari batang sagu. Jadi bila dah tak jumpa, cara paling mudah adalah dengan mengasingkan ayam-ayam yang agresif dari kelompoknya. Kalau ayam-ayam yang ada ini untuk aku jual, memang aku dah jual, cuma pada masa ini, kami masih diperingkat untuk pembiakan. Jadi memang agak mencabar untuk memastikan tenakan sentiasa dalam keadaan sihat sentiasa.

Ternakan Dah Mula Bertelur

Salam Pengunjung blog sekalian,

Kini ayam-ayam ternakan di bangsal sudah mula bertelur, 10 sept ; ayam belanda Red Bourbon sudah mula menghasilkan telur, sekarang sudah ada 5 biji, 16 sept. ; ayam silkie kelabu pula dah mengeluarkan telur, sekarang sudah ada 2 biji dan hari ni Button Quail dah mengeluarkan telur sulung, manakala ayam-ayam belanda yang lain sudah pun mula belajar bertelur. Cuma aku masih ternanti-nanti, bila pula ayam-ayam mutiara & Red Crested akan mengeluarkan telur sulung.

Telur-telur Red Bourbon & Silkie Kelabu sudah pun masuk incubator. Cuma, aku harap incubator yang aku tempah dari saudara Nizam dapat disiapkan pada 20 september ni.. Aku sudah tidak sabar hendak memasukkan telur-telur yang mendatang dalam incubator baru nanti.. he he..

Lavender Silkie

Hampir aku terlupa, baru-baru ini; 16 September, aku ada membeli sepasang ayam silkie lavender yang sudah dewasa, 2 ekor silkie kelabu anak, seekor silkie hitam anak & seekor silkie putih anak dari sahabat di Sg Petani. Rasanya, bagi pembaca blog berkenaan ternakan ayam ni, saudara mungkin kenal dengan saudara Shahrom.

Anak-anak silkie, aku tempatkan bersama-sama dengan anak-anak ayam yang sebaya dengan mereka. Manakala, ayam silkie lavender aku kurung berasingan. Keesokan petang silkie betina terlepas dari kurungan, gabra la juga, puas aku pusing keliling kampung, rupanya ayam silkie tu cuma berlegar-legar sekitar reban.. nasib baik dapat tangkap semula.







Ketibaan BlackShoulder , Indian Blue, Anak2 angsa Putih & Kelabu

Hari ini; adalah hari yang aku nanti - nantikan. Hari ini, seekor Merak blackshoulder betina dan Indian Blue betina tiba jua ke taman ternakan aku. Bertambah jua variasi merak ditaman yang tak seberapa ini. Di masa hadapan, aku akan mencari pasangan untuk merak Blackshoulder ini. Untuk Indian Blue Jantan, bini no2 dah sampai. Aku berharap kalian dapat hidup dengan aman damai. Kan bagus kalau hidup dalam rukun, aku pun tumpang gembira. Nanti2 bertambah2 keturunan.. Hehe..


Pada masa yang sama, aku ada minta tolong rakan untuk belikan 3 ekor anak2 angsa putih & sepasang anak angsa kelabu. Nasib baik, masih ada bekalan. Dapat lah juga aku tambah skit2... Jadi, sekarang aku dah ada 7 ekor angsa putih & sepasang angsa kelabu.


Vaksin

Esok cuti satu Malaysia.. jadi malam nie... seperti yang dirancang, semua ayam2 yang berusia lbh satu bulan akan disuntik dengan vaksin ND.. Ia dikenali dengan nama sampar secara umum atau hawar secara khusus di utara Semenanjung Malaysia, secara saintifiknya ia dikenali dengan nama Newcastle Disease (ND) dengan nama virus penyebabnya iaitu virus paramyxovirus (dipetik dari anizamagrofarm.blogspot.com/2010_05_01_archive.html) . Bermula jam 8:30pm bermula la kerja2 penvaksinan.. Batch pertama yang divaksin adalah itik Red Crested yang ke dua ayam piru.. lenguh juga lah tangan nak mengangkat ayam2 belanda ni.. sbb ada yang dah berat2.. dah habis pergi lak suntik pada ayam2 mutiara.. boleh tahan juga dengan ayam2 mutiara nie.. dalam kesamaran pun lasakla juga.. habis kepala aku kena cakar.. dah selesai pergi ke bahagian  merak.. cabaran la juga.. maklum ler baru pertama kali suntik sendiri.. nyaris2 aku terjatuh.. gara2 merak megelupur nak melepaskan diri.. sudah selesai di bahagian merak.. kami beredar pulak ke bahagian ayam2 silkie.. Jam 10:30pm baru ler.. kerja2 penvaksinan ni selesai..

Lepas dah bagi vaksin baru ler rasa lega.. Vaksin ni boleh bertahan untuk 6 bulan, jadi pada 16 March 2011 baru ler suntikan untuk baka2 akan dilakukan semula..

Keesokan hari ternakan ni perlu diberi ubat demam.. seperti mana manusia.. ada sesetengahnya akan mengalami sindrom demam selepas menerima vaksin.. jadi bagi memastikan ternakan berada dalam keadaan yang sihat.. adalah lebih baik.. keesokan hari dan juga pada hari berikutnya ternakan ini diberi ubat demam..  Pagi tadi selepas diberi suntikan aku tengok ternakan berada dalam keadaan yang agak kurang cergas.. dan pabila menjelang tengahari ayam2 ini dah mula cergas.. petang tadi aku & rakan dah tukar air yang bercampur dengan vitamin kepada air yang dicampur dengan ubat demam...

Anak - anak Angsa

Salam Para Pengunjung Blog Saya..

Rasanya Suasana Hari Raya Masih terasa.. macam mana pun.. ternakan perlu juga di beri perhatian..

Hari nie.. macam biasa.. bila bekalan makanan dah surut.. aku kena la beli stok baru.. kelmarin baru je.. beli 50kg dedak 202 & 50kg jagung..  hari nie gi beli 50kg gandum, 3kg dedak baka, 3kg dedak halus & dedak kasar untuk itik.. maklum ler.. aku nyer keta pun SLK.. mana leh muat sampai 3 guni 50kg nyer stok  makanan.. jadi beli skit2.. lagi pun kedai jual makanan ternakan dengan rumah pun dekat jer.. dalam 5 minit dah bleh sampai.. tak der ler risau sangat kalau2 stok makanan habis..

Kebetulan masa di kedai ada stok anak itik angsa sampai.. aku pulak memang sedang tercari2 anak2 angsa putih.. lepas bincang dangan rakan niaga.. kami pun beli la.. 4 ekor anak2 angsa.. harap2 dapat la.. 2 pasang..Untuk anak2 angsa.. selamat membesar di bangsal ternakan..







Pada awalnya aku kurungkan anak2 angsa ini bersama2 dengan itik Red Crested.. tapi anak2 angsa ini aku tempatkan didalam bakul yang agak besar.. Keesokan hari aku perhatikan anak2 angsa ini.. berbunyi agak bising.. naik bingit telinga aku.. jadi aku pun ambil keputusan keluarkan anak2 angsa dari kurungan & aku lepas bebas bersama2 Red Crested.. bimbang juga kalau2 Red Crested membelasah anak2 angsa ini.. Nasib baik.. penerima dari Red Crested ni baik.. lega rasa nya.. Bila dah lepas bebas.. baru la, anak2 angsa ni dah tak buat bising.. seronok la juga tengok anak2 angsa ni berkejar - kejaran..

Ahli Keluarga Baru

Salam, pada pengunjung blog ini saya ucapkan terima kasih atas kunjungan tuan2 & puan2..
Dah masuk 28 hari umat Islam berpuasa.. ehmm... hari nie.. kesihatan aku tak brapa baik... asyik cirit jer.. Nyaris2 ler tak berpuasa.. tapi aku kuatkan semangat... hari nie.. mmg dugaan pada aku..

Hari nie.. aku dah janji untuk g ambil buluh lemang dgn sorang sahabat di kg Rantau Panjang, Mahang.. Lama la gak tak jenguh kawan2 nie.. jadi sangkut lama la gak kat Rantau Panjang, Mahang... tp nasib bek sempat kejar masa utk t/janji yg ke-2.. Dlm jam 2pm aku & makarimi g ambil Haqimin kat exit Bertam..

Masa tu.. dalam hati dah tak sabar2 nak tengok Red Crested Duck yang Haqimin bawa...  Lama la gak.. kami berborak.. pasal ayam turkey, vaksin & lain2 perkara.. bukan slalu blh jumpa.. bila dah ada masa terluang.. jd kena la pandai ambil kesempatan..

Masa Baru Tiba: Masih terkurung laie..


masih malu2.. maklum ler tempat baru..
 
dah mula rasa selesa..
 
Haqimin ader hadiah.. sepasang Button Quail pada kita org.. Pada aku mmg lawa.. Terima Kasih tak terhingga aku ucapkan pada sahabat nan sorang nie.. Kebetulan.. Haqimin blum ader laie Guinea Fowl Pied.. jadi aku hadiahkan Guinea Fowl Pied kesayangan.. pada aku tiap2 Guinea Fowl Pied yang aku dapat kebiasaan nyer berbeza.. Dah 3 batch Guinea Fowl Pied aku dapat.. tapi tiap2 batch ada kelainan tersendiri..  
di tempat bersama anak2 Red Bourban


Yang ini Jantan Nyer..

Sempat la gak kami g ke Penaga untuk tengok2 poultry farm yang ada kat situ.. Haqimin sendiri pun dah 2x sampai kat sana.. tp blum ada kesempatan utk masuk.. tapi kali nie.. berjaya la gak masuk tengok2 kat dlm farm tu.. mcm2 la ada.. teruja la gak..  antara ternakan yang ader Merak Pied, Pheasent yang berbagai variant.. victoria pegion.. Parrot..  tp kat situ ada penunggu.. byk ekor lak tu.. nasib bek ada masa tu penunggu2 tu kena kurung jap.. dah habis tengok kami g utk lokasi ke-2.. tp rezki blum tiba.. pintu pagar tertutup rapat..

Lps dari sini.. kami kena la berpisah.. sbb Haqimin pun masih ada urusan yang blum diselesaikan.. kami pun nak kena bagi makan ayam2 kat dlm bangsal.. w/pun kurang sihat.. bila dah dapat Red Crested Duck & Button Quail sakit pun bleh bek sendiri.. he he..

Merak2

Hari nie.. sungguh tak ku sangka.. lewat pagi tadi dalam jam 10am.. aku & rakan ke kedai utk beli makanan ayam2 buat stok simpanan.. dalam masa nak punggah dedak2 masuk dlm keta ader la plak seorang peternak merak minta pembantu kedai makanan ayam tu.. cari2 kan pembeli untuk anak2 merak.. aku & rakan rasa teruja la gak.. terus jer mencelah.. banyak ker yang diternak... dan kami rasa berminat nak membeli kalu kena harga nyer..

He he.. terus  jer kawan kita ajak g rumah dia utk tinjau2.. jadi terus jer kami ikut... asal nyer lps beli makanan ayam ingat nak g beli pukat.. tp lain plak jadi nyer.. teruja dgn merak.. terlupa trus ttg pukat.. sampai jer kat rumah sahabat nie... kami tengok.. banyak ler gak merak2 yang diternak.. di samping tu ader ler gak 4 ekor ayam selasih putih.. 4 ekor angsa..  udah 11 tahun pun sahabat kita nie membela merak.. jadi berlangsung ler jual beli.. seekor induk betina & 8 ekor anak merak aku rembat... akhir nyer dapat gak aku cari penganti untuk merak jantan aku..

Sambil2 tu.. sempat ler gak meninba ilmu dari sahabat nan sorang nie.. tak lokek untuk berkongsi pengalaman cara2 nak ternak merak nie..  terima kasih diucapkan pada Abg Mat.. kerna sudi berkongsi ilmu & pengalaman...

pasangan baru utk merak jantan ku..

anak2 merak yang dah berusia 7 bulan..

Selamat Menyambut Hari Raya Puasa..

Salam semua...
Ehmm... Puasa pun dah nak sampai ke penghujung.. Saya Ucapkan Selamat Berhari Raya pada muslimin & muslimat sekalian.. Moga2 tahun nie serta tahun2 mendatang.. di murahkan rezki oleh Allah S.W.T pada para muslimin & nuslimat serta saya sendiri.. disamping itu janganlah la lupa untuk bersyukur diatas limpahan rahmat serta kurniaan nya kepada kita..

Hari nie aku & rakan bertolak ke Gerik.. untuk ambil ayam api2 dari seorang penjual kat sana.. Dah sampai sana.. pusing punya pusing.. jumpa ler orang nyer.. tapi.. rezki nyer blum sampai.. ayam nyer dah habis... jadi.. kami pun singgah ler kejap kat kawan2 orkid nie.. Dalam FB dia lebih dikenali sbg Hasrul Padang.. tinjau2.. orkid ler plak..

Maklum ler.. selain dari ternakan nie.. aku pun ader wat koleksi orkid.. Ader ler lekat 2 jenis spesis untuk di bawa balik.. sebagai buah tangan... Bila dah dapat aper yang dihajati.. trus jer balik Kepala Batas.. untuk beli makanan untuk ayam2 ler plak.. Dah singgah tu.. sempat ler jenguk kat dalam kotak.. mana tahu ader ayam api2 yg di cari2.. ader ler dlm 8 ekor ayam api2.. aku rembat dalam 6 ekor.. jadi la.. ader gak rezki.. dah selesai.. singgah jap kat tempat rakan ternak yg lain.. untuk ambil 4 ekor ayam belanda.. 3 ekor untuk juadah hari raya nie.. sekor lagi nak wat induk..

Sebahagian dari pied yang baru aku ambil..


 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates