Ayam Selasih

As Salam,

Di bawah adalah induk2 ayam selasih yg ketika dulunya saya pelihara, la tinggal seekor jantan & 2 ekor betina sahaja.. faham2 saja la, sebab pa jadi kurang.. 



Manakala yang nie, hasil kacukan botak selasih generasi kedua, macam2 variasi yang muncul, tapi ianya tak la seganas ayam kampung, yang mana besa bela ayam kampung, pasti tau peel ayam kampung macam mana.. ada juga yang genetik ayam kampung nya terlebih, tapi masih tetap jinak..





Ayam2 nie semua tak da nya aku kurung, antara sebab aku tak kurung, sebab aku tak nak ayam2 nie jadi mandom, tapi kalau kena musim hujan.. terpaksa la aku kurung, hari2 dok kena hujan.. boleh demam ooo.. lagi satu sebab, aku dah sibuk menulis master, mana dan dah nak jenguh depa nie.. ayam2 nie pun dah hafal jam brapa aku slalu bagi makan.. p la merayau kat mana pun, cukup masa mesti sampai rumah.. hee... baguih sungguh..
Assalam,

Ini Pula Hasil dari Kacukan Ayam Selasih Ori dengan Ayam Botak Selasih.  Alhamdulillah, setakat ini kedua-dua ekor nya memiliki ciri - ciri yang dikehendaki cuma isinya sahaja masih nampak kemerahan. Manakala balung sudah semakin gelap...



Ayam Selasih ori dan Betina Selasih Botak..

Kedua-duanya adalah Pejantan.. Projek mini ini sedang dalam peringkat ke-3.. Kita tunggu hasil projek peringkat ke -3..



Projek Kacukan

Assalam,

Kali ini aku akan berkongsi mini projek kacukan.. antara ayam coachin dan ayam kacukan (silkie x coachin)

Ini rupa ayam kacukan silkie x coachin (induk 1)

   
Kacukan Silkie x coachin (induk 2)

Pejantan adalah Coachin.. Dibawah adalah Hasil - hasil dari kedua-dua induk tersebut..






Ayam Selasih Untuk Dijual

As Salam,

Lama juga tak mengarang d blog.. Kali ni aku berkongsi berkenaan kacukan generasi ke dua projek ayam selasih botak & ayam selasih ori.. Ini antara produk yang terhasil dari induk ibu yang sama.. Yang dalam gambar ni aku jual murah2 jer... RM80 seekor.. Untuk waktu ni hanya 5 ekor ni saja yg akan dijual..

Yang ini umur 6 bulan - SOLD To Giee - Baling

Ayam Sabung kat Depan tu tak jual..Yg kat belakang tu umur 4 bulan

3 Bulan menghilangkan diri dari simpana.. Umur 8 bulan - SOLD To Giee Baling

                                                                         Umur 4 Bulan

                                                    Umur 8 Bulan - SOLD TO Giee Baling

Nak dapat ayam selasih botak pun agak sukar.. dalam bamyak-banyak yang jadi botak pun tak banyak.. dari 10 ekor ada la dalam 4 ekor botak... adoi.. kena plak 3 jantan seekor ja betina.. Lain masa ada betina lebih aku iklan.. buat masa nie.. betina aku buat denak ler.. macam biasa bagi kawen balik dengan selasih ori pejantan..Harap2 warna nya lebih gelap dari GAMBAR PERTAMA.. ada lagi 2 ekor Pejantan Selasih Botak.. tapi aku simpan ler.. tengok  macam warna bulu keseluruhan hitam semua.. Tapi masih awal, nak kata bulu hitam habis.. bila umur cecah 8 -9 bulan baru warna sebenar muncul..

Pada yang dah biasa merasa daging ayam selasih, pasti dapat membezakan kesedapan antara ayam kampung. Tulang ayam selasih biasanya lebih keras dan isinya lebih pejal..

Projek Kacukan

As Salam,

Kali nie aku nak post pasal projek kacukan yang sedang aku jalankan.. Projek nie cuma untuk mencari pengalaman dalam bidang kacukan ayam jenis bantam..

 Sumber gambar: http://www.cacklehatchery.com
 Sumber gambar : Flicker

Kacukan antara Golden Sebright dan Ayam Hutan
Kacukan anatra Goden Sebright dan Kacukan (Golden sebright x Coachin)
Kacukan antara Golden Sebright dan Silkie




Sumber gambar:http://rareaves.blogspot.com (baka ayam silkie aku datang dari sini)

Sebelum nie pun aku dah pun mencuba kacukan antara
Coachin dan Kacukan (Caochin x Silkie - colour Lavender)
Coachin dan Kacukan (ayam kampung x coachin)
Coachin dan Silkie

Projek kacukan nie aku dah laksanakan hampir 2 tahun..Macam - macam jenis corak bulu ayam bantam yang keluar.. cuma nanti aku akan pilih yang tertentu sahaja untuk pembiakan seterusnya..

Pabila Mentari Terbenam Di Ufuk Timur

Assalam,

Selamat menyambut Tahun 1433H pada seluruh umat Islam..Daku pohon pada yg esa pada tahun ini hidup kita dirahmati dan dimurahkan rezki hendaknya... Hari pertama di tahun baru nie.. dari pagi sampai petang dok sibuk selenggara reban.. lagi pun dah 4 bulan aku tak buat selenggaraan.. letih ler gak.. bila kerja banyak..

Pabila menjelang senja.. rutin yang dah menjadi kebiasaan.. tunggu ayam masuk reban.. sambil tue.. aku sempat 'snap' beberapa keping gambar.. ayam - ayam nie.. waktu siang hari aku lepas bebas.. maklum sajer.. resmi ayam.. bila dah terkurung mula la.. aku sepak kau.. kau sepak aku.. pagut bulu kawan - kawan..dari jadi macam tue.. lebih baik.. aku bagi kebebasan kat depa.. asal tak gi merayau kat laman orang.. mereka masih boleh bebas.. kalau dah melampau.. aku kurung balik selama 2 minggu.. 




Istilah Bahasa

Assalam,

Disini aku ingin berbicara tentang istilah bahasa di bahagian utara & tengah serta selatan tanah air..





Ia berkisar tentang ayam ler jugak.. Merujuk kepada gambar diatas, di bahagian utara  tanah air, ayam nie dipanggil ayam piru.. manakala di bahagian selatan mahupun tengah tanahair ayam nie dipanggil ayam belanda..


ok.. untuk gambar ke-2 di bahagian utara  tanah air, ayam nie dipanggil ayam belanda.. kadang kala ada juga orang kampung panggil ayam hingaq.. manakala di bahagian selatan mahupun tengah tanahair ayam nie dipanggil ayam mutiara atau api - api..


tue ajer citer aku nak kongsi buat masa nie.. jadi kalau orang Selatan turun Utara.. atau orang Utara turun Selatan.. harap - harap dah boleh faham ayam aper yang dimaksudkan jika dah berborak pasal 2 jenis ayam nie..
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates