Showing posts with label Anak Ayam. Show all posts
Showing posts with label Anak Ayam. Show all posts

Anak Red Bourbon untuk Jualan..

Assalam..
Berita baik.. kini ayam piru red bourbon sudah mula bertelur.. maka dengan itu.. aku nak jual anak-anak ayam red bourbon dengan harga RM30 seekor.. sapa - sapa yang berminat boleh datang dan beli kat dpf..



Berita Terkini

Salam dari dpf,
Berita terbaru..



Anak Ayam Piru

Anak Pied & Lavander

Anak Ayam Mutiara

Anak Ayam Kampung & Silkie

...

Salam dari dpf,

Ehmmm.. Hampir 20biji telur ayam mutiara tiada benih.. Kena tambah jantan ler jawab nyer..


Penghuni baru

Salam pengunjung dpf,
Anak - anak yang baru menetas..



Anak Ayam Menetas lagi...

Salam Pemgunjung dpf,

Hari nie anak- anak ayam menetas lagi.. 6 ekor ayam kampung.. 6 ekor ayam mutiara.. 6 ekor ayam piru..








Wajah - wajah baru di DPF

Salam Pengunjung Blog dpf,

Hari ini merupakan hari yang sibuk bagi aku.. rutin biasa bagi diri aku, kalau tiada kerja luar kawasan.. jam 8:15am.. aku gi hantar ibu mengaji.. lepas menghantar biasanya aku akan terus ke bangsal untuk menguruskan ternakan..

Tapi hari nie berbeza sikit.. aku terpaksa menyelesaikan, urusan peribadi.. kang terlambat.. kena bunga lak.. tengahari aku terus pergi dapatkan stok makanan untuk ternakan.. jadi terus saja tanya kat 'tokey' kedai.. ada tak anak ayam yang menetas hari nie.. sebabnya esok aku tak boleh datang ambil.. ada 'show' kat Perlis..

Petang lepas asar, aku teruskan kerja kelmarin.. pemasangan bumbung untuk bangsal ayam - ayam piru.. maklum saja bumbung kanvas dah terkoyak.. aku pun dah rimas dengan becak kat dalam bangsal.. ehmm.. ingatkan boleh pasang bumbung.. tapi tak sangka lak.. rumit lak kerja hari nie.. ok lah tu.. jadi lah dapat siapkan kan rangka bumbung hari nie..  lusa aku sambung kerja balik.. dah masuk maghrib.. jadi kena ler brenti..

Sebab esok nak kena meriahkan pertandingan orkid kat Perlis.. jadi lepas maghrib, aku sambung kerja bagi makan ternakan plak.. nasib baik partner tolong selenggara minuman.. Kebiasaan, kalau dah ada 'show' paling awal jam 6pm baru sampai rumah.. kadang - kadang jam 9pm.. baru sampai..

Fuhhhh.. jam 9pm baru habis kerja.. letih ler gak..

Hadiah untuk hari nie.. 4 ekor ayam piru, 4 ekor ayam mutiara, 2 ekor pied, 2 ekor lavender..








Anak - Anak Baru Menetas

Salam,
Hari nie.. hujan turun agak lebat sejak dari pagi.. ehmm... habis lecah kawasan ternakan ayam piru.. tak sempat aku nak dirikan tiang & pasang bumbung.. aku memang dah lama bercadang nak naik taraf, kandang lama nie.. bumbung kanvas yg sedia ada pun dah bocor, pukat yang pun sedia ada dah koyak kena gasak dgn ayam piru..

Rimas gak aku tgk kandang tu.. orang utara kata 'belengaih'.. nasib baik tak jadi 'keleboq'..

Tapi tak kesah la.. jam 8pm tadi.. aku pun cari bil untuk pi ambil anak ayam.. sambil2 tu bawa la sekali telur utk dieramkan..cadang nak pi ambil jam 7pm..  tp ada tetamu dtg berkunjung.. kawan-kawan se 'pegumpul' orkid.. aku panggil raymond & uncle jer.. dah 2 tahun gak depa tak mai..  (tinggal lu citer pasal depa) sampai jer kat kedai.. pelanggan dah tak ada.. jadi tak perlu aku tunggu lama - lama.. Nie la rupa anak - anak yang aku bawa balik..

 
 




Pied Guinea Fowl

Salam,
Alhamdulillah, baru - baru nie.. dapat juga aku biakkan Pied Guinea Fowl.. 5 Ekor ayam mutiara yang comel..



Anak ayam Mutiara

Salam,
Setelah 7 bulan berlalu kini ayam -ayam mutiara sudah mula mengeluarkan hasil. Batch pertama yang dieram, tiada satu pun anak ayam mutiara yang menetas.. Batch ke dua hanya 4 ekor anak ayam mutiara saja yang menetas dari 16 biji telur.. Batch ke tiga aku pun tak tahu berapa ekor yang akan menetas.. batch ketiga yang paling banyak aku hantar untuk dieramkan.. hampir 60 biji..

After 7 months, my guinea fowl start to lay eggs. My first batch, there was none of chicks hatch. In second batch, only 4 chicks ware hatched from 16 eggs. For the third batch only 9 eggs having a chicks inside..



Anak – anak silkie (Silky Chicks)

Salam (good day),

Kini ayam – ayam silkie yang aku pelihara sejak 6 bulan lalu sudah mengeluarkan hasil.  Aku beli masa silkie ni masih anak-anak..  Masa aku beli ada yang brwarna kelabu tapi bila dah besar, jadi warna putih, Antara warna lain yang ada dalam koleksi adalah warna lavender, hitan  & mix hitam dan perang.. Sayangnya yang berwarna perang cuma sempat berada seminggu saja dalam jagaan.. kemudian pada masa yang sama aku beli tambahan, nak dijadikan cerita tambahan anak yang kemudian diserang wabak penyakit.. Cuma seekor sahaja yang berjaya diselamatkan,yang lain –lain pulang ke alam yang abadi..

After 6 months, my silky grownup. Some are black, white and mix black and brown. In the same times I add some more chicks.. But, unlucky for me, the last batch was 'hit' by disease, only one of the chicks survives after disease turbulence.

Ada antaranya yang aku pasangkan dengan warna yang sama.. ada juga aku kacukkan dengan induk yang berlainan warna.. Namun, aku tak sangka pula.. pelbagai warna akan terhasil dari ayam – ayam yang dikacukkan silkie ini… 

Some I paired with same color, but some I paired not.. It was surprising after the chicks hatch from the eggs.. The color was interesting..







Ayam Silkie & Selasih Genarasi Baru

Salam,
Lama juga tidak menulis. Baru - baru ini sempat juga aku mencuri masa untuk 'snap' beberapa keping gambar ayam-ayam silkie.















 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates