Jualan Ayam Piru sempena Raya Qurban

Assalam,

Sempena nak menyambut Hari Raya Qurban.. Sesiapa yang berada di kawasan Pulau Pinang dan Kedah (yg berhampiran) yang nak ayam piru untuk juadah / hidangan di hari raya boleh datang untuk membeli ayam piru dr saya..

Lokasi: Permatang Bogak, Kepala Batas, Pulau Pinang


Ayam Selasih @ Cemani???

Assalam,

Post kali nie berkenaan ayam yang serba hitam dari bulu dan isi dan ada kala nya sampaikan urat - urat kat dalam pun nampak hitam juga..tapi macam mana nak tahu urat kat dalam pun hitam juga yea.. Ada ler cara nyer.. Harga ayam nie bergantung kepada tahap kehitaman serta ciri - ciri lain sebagai tentu ukur.. antara ciri tentu ukur, darah, berat, kulit, bulu dan salur darah..Ilmu nie pun aku dapat dari 'pembeli'..

Kalau kreateria atau pun  ciri - ciri nie dipenuhi.. maka tersenyum lebarlah pemiliknya.. Harga biasanya bermula dari RM5k.. tahap peratus pada kebiasanya akan dibeli bermula dari 80% tahap kehitaman..

Ini induk yang aku warisi.. Jantan & Betina.. Walaupun mak & bapak nyer hitam.. blum tentu anak - anak yang terhasil akan memiliki ciri - ciri yang dah aku sebutkan tadi.. korang memang bernasib baik kalau memiliki ayam selasih yang memenuhi ciri yang dicari - cari..

Jantan ada 2 ekor, jantan & betina kat dalam sangkat tu dah 'let go' cuma jantan kat depan tu masih ader..

Ini anak generasi ke dua yang aku miliki.. kacukan antara ayam selasih hitam dan ayam selasih botak.. Kini ayam hybrid selasih ini dalam proses pengasingan bagi menjaga kualiti kehitaman yang dikehendaki.. Hanya yang melepasi tahap peratusan kehitaman sahaja akan dipilih.. dan kemudian akan dibiakkan.. yang tidak mencapai standard dikehendaki akan di buat lauk..





Aku cuba menghasilkan ayam selasih botak yang semacam ayam cenami @ ayan kedu  macam d indonesia.. Diaorang dah stabil.. maklum saja dah berpuluh tahun pun ayam kedu ini wujud...
Perkembangan untuk variasi ayam selasih botak akan dikemaskini di masa akan datang.. tungguuu..

Anak Red Bourbon untuk Jualan..

Assalam..
Berita baik.. kini ayam piru red bourbon sudah mula bertelur.. maka dengan itu.. aku nak jual anak-anak ayam red bourbon dengan harga RM30 seekor.. sapa - sapa yang berminat boleh datang dan beli kat dpf..



Beruk & Ziarah

Assalam Pembaca blog dpf,

Hari raya yang lepas.. sempat aku kunjungi sahabat lama.. sudah setahun tak berjumpa..
dulu aku rajin ziarah ke rumah beliau.. tapi bila dah ada kerja sambilan.. dah jarang - jarang ada masa terluang.. jadi sempena hari raya, tambahan plak tengah bercuti.. pegang streng terus saja pecut kesana..

Sempat la juga aku ziarah rumah kawan-kawan yang lain di sana.. Kawan-kawan yang lain tu semua kaki orkid.. berbalik pada sahabat aku nan sorang nie.. beliau nie berkemahiran menjinakkan beruk liar untuk memetik kelapa.. aku plak kalau dah kesana memang suka tengok telatah beruk - beruk kat rumah beliau..

Beruk - beruk nie memang ditangkap dari hutan dan kemudian dilatih untuk memetik kelapa.. beruk - beruk nie ada juga yang dijual.. harga dari RM700.. kalau berminat boleh contact saya.. maklum saja.. kadang2 saya ni jadi orang tengah.. dah kawan-kawan minta tolong..






Lagi satu kalau sesiapa yang berminat dengan pokok paku aji.. boleh juga menghubungi saya.. harga plak bergantung pada saiz pokok.. Saya cuma tolong jual ajer.. biasa jual pada nursery ajer.. skarang nak buka market.. Contoh pokok untuk rujukan seperti dibawah.. Gambar aku ambil dari sini dan blh rujuk laie kat sini



Harga pokok pada saya amat berpatutan.. sebabnya saya sendiri pernah mencuba untuk mengalami sendiri perihnya untuk membawa pokok nie turun dari gunung.. saya cuma bawa saiz yang satu kaki saja.. tapi 3 pokok la.. wouiihhh.. tobat.. kata orang utara.. aku tak mau dah.. 2 hari sakit badan.. pergi naik gunung jam 9 pagi, sampai ke tempat permulaan jam 6 petang..

Salam Aidulfitri 1433

Salam,

 


 
Kepada seluruh umat Islam di dunia, dpf mengucapkan Salam Aidulfitri 1433. Semoga mendapat keberkatan dan segala amalan di terima Allah S.W.T .  Amin

Red crested and Common shel for sale

Assalam,

Kat dalam video nie.. ada common shel duck dan red crested duck Pejantan.. dah matang pun.. yang nie kekawan minta tolong jualkan.. yang betina dah pun dijual.. jadi tinggal yang jantan ajer.. Harga yang kawan aku letak RM1500 seekor.. Klu berminat mesej @ PM.. untuk pengetahuan elok ajer email @ sms aku.. aku nie dari jam 6pm-12am.. phone aku dah terbiasa tinggalkan.. maklum saja untuk tahun nie byk gak aktiviti di luar waktu kerja..

Red Bourbon For Sale (Red Bourbon untuk Dijual)

Assalam..

Lama juga tak mengepos... kat tempat aku baru jer lepas habis wabak penyakit.. kali nie nasib tak baik.. salah sendiri gak.. aku lambat beri vaksin kat ayam-ayam yang ada... jarak gelombang penyakit plak selang 2 minggu.. habis ler gak satu reban.. tinggal induk-induk jer masih diberi hayat..

Post kali nie.. aku nak 'let go' ayam-ayam red bourbon yang ada.. cukup ler untuk aku simpan 3 pasang ajer.. Sepasang RM900 ajer.. semua dah matang.. Sapa-sapa yang berminat boleh call atau PM aku..

Sebelum tu.. aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA pada korang semua..
Moga-moga RAMADHAN kali nie.. lebih hebat lagi ibadah kiter..

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates