Istilah Bahasa

Assalam,

Disini aku ingin berbicara tentang istilah bahasa di bahagian utara & tengah serta selatan tanah air..





Ia berkisar tentang ayam ler jugak.. Merujuk kepada gambar diatas, di bahagian utara  tanah air, ayam nie dipanggil ayam piru.. manakala di bahagian selatan mahupun tengah tanahair ayam nie dipanggil ayam belanda..


ok.. untuk gambar ke-2 di bahagian utara  tanah air, ayam nie dipanggil ayam belanda.. kadang kala ada juga orang kampung panggil ayam hingaq.. manakala di bahagian selatan mahupun tengah tanahair ayam nie dipanggil ayam mutiara atau api - api..


tue ajer citer aku nak kongsi buat masa nie.. jadi kalau orang Selatan turun Utara.. atau orang Utara turun Selatan.. harap - harap dah boleh faham ayam aper yang dimaksudkan jika dah berborak pasal 2 jenis ayam nie..

Pemberitahuan : Ayam Belanda (mutiara / api-api)


Assalam,



Buat pengunjung blog dpf, saya memaklumkan induk - induk ayam Belanda ( mutiara / api - api) telah saya jual keseluruhannya.. cuma yang masih ada pada saya sekitar 8 ekor sahaja anak - anak ayam belanda.. itu pun hasil dari induk yang telah saya jual..

Antara sebab saya menjual induk - induk berkenaan, ada pelanggan yang berminat, lagipun tempat plak dah hampir sesak dan sebab terakhir saya cuma nak biakkan spesis lavender dan royal purple..
Bila dah ada anak saya akan maklumkan melalui blog dpf..




Harga Ayam Piru

Assalam,
Berikut Adalah harga Standard Ayam Piru / Belanda di Pasaran, (Bahagian Utara)



HARGA AYAM PIRU
:- 1mggu - 2mggu  = RM 10.00 SEEKOR
:- 3mggu - 4 mggu = RM 18.00 SEEKOR

:- 2 BULAN = RM 25.00 SEEKOR
:- 3 BULAN = RM 35.00 SEEKOR
:- 4 - 7 BULAN = RM 75.00 SEEKOR

:- 7 BULAN = RM18/Kg - RM22/Kg


Nota: Manakala harga induk untuk pula berbeza
Black Spanish (Black @ white) RM150 seekor 
Piru Biasa RM120 seekor
Nicolas cage RM??? (aku x supply) ; berat boleh lajak hingga 25kg.. jd paham2 ajer harga nyer..

Untuk makluman ayam piru yang ada di dpf  sudah matang..  harga saya mengikut nota.. sesuai untuk pembiakan.. tinggal pun dah tak banyak.. sekitar 20-30 ekor sajer.. Sempena Hari Raya Haji akan dijual.. 




Harga Red Bourbon (Harga Standard)

:- 1mggu - 2mggu  = RM 30.00 SEEKOR
:- 3mggu - 4 mggu = RM 50.00 SEEKOR

:- 2 BULAN = RM 75.00 SEEKOR
:- 3 BULAN = RM 150.00 SEEKOR
:- 4 BULAN = RM 250.00 SEEKOR
:- 5 BULAN = RM 350.00 SEEKOR
:- 6 BULAN = RM 450.00 SEEKOR

:- 7 BULAN = RM 450.00 SEEKOR

Ayam red bourbon induk pada saya hanya sekitar 20-30 ekor sahaja.. anak - anak cuma berbaki 8 ekor dalam usia 2mggu - 2 bulan..

PERINGATAN: Harga berikut bukan harga Rasmi, hanya sebagai rujukan, lain tempat, lain individu, lain harganya

Jualan Ayam Piru sempena Raya Qurban

Assalam,

Sempena nak menyambut Hari Raya Qurban.. Sesiapa yang berada di kawasan Pulau Pinang dan Kedah (yg berhampiran) yang nak ayam piru untuk juadah / hidangan di hari raya boleh datang untuk membeli ayam piru dr saya..

Lokasi: Permatang Bogak, Kepala Batas, Pulau Pinang


 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates