Ayam Selasih @ Cemani???

Assalam,

Post kali nie berkenaan ayam yang serba hitam dari bulu dan isi dan ada kala nya sampaikan urat - urat kat dalam pun nampak hitam juga..tapi macam mana nak tahu urat kat dalam pun hitam juga yea.. Ada ler cara nyer.. Harga ayam nie bergantung kepada tahap kehitaman serta ciri - ciri lain sebagai tentu ukur.. antara ciri tentu ukur, darah, berat, kulit, bulu dan salur darah..Ilmu nie pun aku dapat dari 'pembeli'..

Kalau kreateria atau pun  ciri - ciri nie dipenuhi.. maka tersenyum lebarlah pemiliknya.. Harga biasanya bermula dari RM5k.. tahap peratus pada kebiasanya akan dibeli bermula dari 80% tahap kehitaman..

Ini induk yang aku warisi.. Jantan & Betina.. Walaupun mak & bapak nyer hitam.. blum tentu anak - anak yang terhasil akan memiliki ciri - ciri yang dah aku sebutkan tadi.. korang memang bernasib baik kalau memiliki ayam selasih yang memenuhi ciri yang dicari - cari..

Jantan ada 2 ekor, jantan & betina kat dalam sangkat tu dah 'let go' cuma jantan kat depan tu masih ader..

Ini anak generasi ke dua yang aku miliki.. kacukan antara ayam selasih hitam dan ayam selasih botak.. Kini ayam hybrid selasih ini dalam proses pengasingan bagi menjaga kualiti kehitaman yang dikehendaki.. Hanya yang melepasi tahap peratusan kehitaman sahaja akan dipilih.. dan kemudian akan dibiakkan.. yang tidak mencapai standard dikehendaki akan di buat lauk..





Aku cuba menghasilkan ayam selasih botak yang semacam ayam cenami @ ayan kedu  macam d indonesia.. Diaorang dah stabil.. maklum saja dah berpuluh tahun pun ayam kedu ini wujud...
Perkembangan untuk variasi ayam selasih botak akan dikemaskini di masa akan datang.. tungguuu..

Anak Red Bourbon untuk Jualan..

Assalam..
Berita baik.. kini ayam piru red bourbon sudah mula bertelur.. maka dengan itu.. aku nak jual anak-anak ayam red bourbon dengan harga RM30 seekor.. sapa - sapa yang berminat boleh datang dan beli kat dpf..



 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates