Aktiviti Hujung Minggu

Salam pembaca Blog DPF,
Hujung minggi nie aku tak ke mana - mana, hari sabtu aku sibuk menyiapkan rumah orkid yang ranap di timpa pokok kelapa.. sempat juga aku siapkan dalam 50%.. hari ahad.. aku sibuk meyelenggara sangkar anak ayam..

Sebelum nie, sangkar aku baluti dengan net hijau..  namum sepanjang 2 minggu lepas.. ada beberapa ekor anak - anak ayam yang mati.. aku tercari - cari punca kematian.. yang aku dapati bahagian belakang sangkar telah koyak.. tapi aku menyangka, anak - anak ayam piru yang memagut hingga terkoyak.. cuma pada minggu lepas, ketika aku membuka pintu sangkar, seekor tikus yang 3 kali ganda besarnya dari anak ayam piru sedang melepak dalam sangkar.. dan terjawablah teka teki kematian anak- anak ayam nie..

Hari ini, aku mengambil keputusan membuang kesemua net hijau dan aku gantikan dengan jaring besi bersalut plastik.. lepas nie.. anak -anak ayam tu tak perlu risau.kalau dah tidur.. cik siti hanya bleh mengintai saja.. pada cik siti.. jangan lah dok kacau anak - anak ayam tu.. kesian kat aku..

0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates