Tutup Sementara

Salam,
Satu upacara suntikan pada ternakan akan dilakukan pada hujung minggu ini. Pada tanggal 28 Feb - 2 March DFP ditutup sementara.. jadi sempat la aku gi bercuti jap.. he he.. asyik dok dalam bangsal jer.. nak ler gak rehatkan badan & minda.. apa pun urusan jual beli masih berjalan.. cuma pada tarikh tersebut, tak der orang uruskan keluar masuk barang.. Rakan niaga plak outstation.. nasib baik ada sedara yg tolong uruskan makan minum ayam2 tu.. pada saudara/saudari yang hedak berurusan bolehlah melakukannya secara phone, sms @ email. maaf jika panggilan tidak berjawab... keadaan tidak mengizinkan..  (urusan mesyuarat, bagi makan ternakan, kamar kecik, memandu, solat)

Alhamdulillah,

Sudah 3 minggu tergendala untuk beri suntikan ND,   maklum saja keadaan cuaca tak mengizinkan, hujan pula di musim kemarau.. bagus la juga.. dapat rehat.. hujan pun rezki.. malam 27/2 keadaan cuaca baik.. jadi kami putuskan untuk beri ND pada malam tu.. Sebelum bagi suntikan, petang tu aku dah pun siapkan ubat deman untuk ayam - ayam tu.. pengalaman dahulu mengajar aku untuk lebih bersedia..Lega rasanya bila dah suntik ND pada semua ayam - ayam kat DPF, letih la juga.. Nasib baik malam, kalau tak jenuh nak cekup ayam - ayam tu.. hampir 4 jam baru selesai.. yang tak 'syok' dapat le sedikit cenderahati, ada yang berbau.. hehe.. ada yang cakar manja.... tangan aku pun tak tak cantik.. pagi tadi sempat juga aku pergi menjenguh.. ada juga yang deman.. harapan aku agar deman mereka cepat baik..

0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates