Ayam Belanda, Ayam Mutiara dan Puyuh untuk dijual

Salam,

Saya ada ayam piru matang , ayam mutiara matang untuk dijual dan puyuh berusia 2 minggu untuk dijual. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya di 019-5161676. untuk makluman saya tidak menyediakan penghantaran ke kediaman, kena datang ambil sendiri. Maaf, diatas kesulitan.


Berita Terbaru

Salam,
Agak lama juga blog ini tidak di kemaskini. Aku agak sibuk dengan kerja-kerja pejabat dan kertas kerja ICAMN 2010. Dan bertambah lesu bila mana ada ternakan yang mati disebabkan keadaan cuaca yang sering kali hujan.

Bermula dengan wabak ND disusuli pula dengan wabak selsema, banyak juga ayam - ayam aku yang mati. 10 ekor pied api-api, 15 ekor silkie (putih, hitam, kelabu, perang), 3 ekor ayam belanda, 1 ekor red bourban, 4 ekor merak menjadi korban. Walaupun sudah disuntik dengan vaksin ND. Ayam-ayam ini masih lagi terkena jangkitan. Cuma ayam-ayam yang sudah disuntik melebihi 3 bulan yang mampu bertahan dengan wabak penyakit ini.

Ayam-ayam berikut mati disebabkan kegagalan mereka dalam mengeluarkan lendir yang terkumpul didalam kerongkong. Dari pemerhatian yang dibuat, bila mana ayam-ayam dijangkiti selsema, ayam-ayam ini tidak minum, tidak makan dan hanya duduk semata-mata. Dalam masa 2 hari, ayam-ayam ini akan lemah dan seterusnya mati. Dalam masa sebulan, boleh dikatakan ada saja ayam-ayam yang mati, kena pula ayam-ayam esotik. Termenung panjang la juga.. Pelbagai ubat aku & sahabat cuba.

Jadi untuk mengatasi penyakit ini, satu campuran ubat amoxicillin, Erysol 200, Doxy & Tylosin.diberi selama 2 minggu. Erysol 200 boleh didapati dengan pakej sekitar RM10, manakala amoxicillin, Doxy & Tylosin boleh dibeli dengan harga RM300-500 satu bungkus antara 500g-1kg. Harga bergantung pada kuantiti kandungan bahan. Untuk sesiapa yang perlukan ubat-ubat yang aku gunakan (Doxy & Tylosin) harga untuk 100g setiap satu = RM50.
Alhamdulillah, kadar kematian berjaya dikurangkan.



Reeves Pheasant

Salam,

Aku memang berminat untuk membela burung kuang. Tapi aku, pendamkan sementara hasrat yang membara. Tapi bila sudah terpandang 'Reeves Pheasent' hilang terus hasrat yang terpendam. Ehmm.. Corak pada bulu menawan sanubari.. Issshhhh..

Reeves ini termasuk dalam kelompok spesis burung kuang. Bilangan dalam dunia pun sudah semakin kurang. Sekitar dalam 2000 ekor sahaja. Bagus juga kalau aku dapat pelihara sepasang. Kuang yang ini  'bikin' hati ana goncang la..


Brown Silkie

Salam,
Baru-baru ini aku, tercapai juga impian aku untuk memiliki Brown Silkie. Ini gara-gara kunjungan yang tidak disangka-sangka di Laman Penternakan di Tasek Gelugor. Orang yang bertanggungjawab yang mengusung aku ke sana, tak lain tak bukan saudara Haqimin. Aku yang bertahun tinggal  di kawasan Seberang Perai Utara pun tidak kenal atau lebih tepat memang tidak tahu langsung berkenaan Peminat Unggas ini.

Asalnya aku meminta pertolongan Haqimin untuk membekalkan kepada aku trio button quail (1 penjantan & 2 betina). Ini pun sebab button quail betina yang aku jaga terlepas dari kurungan. Kesian pula aku tengok yang pejantan ini keseorangan.

Masa meninjau kawasan, mata aku sudah terpaku pada Brown Silkie ini. Dalam hati terdengar bisikan 'nak  ambil ke tak nak ambil'. Adus, pusing punya pusing, lebih dari 3 kali aku berhenti depan sangkar Brown Silkie. Aku pun berkira-kira juga, samada hendak ambil atau tidak.. Maklum saja, bimbang pula nanti 'ongkos' untuk dibayar pada Haqimin tidak cukup. Bila sudah yakin 'ongkos'nya mencukupi, dengan yakin aku 'tangkap' sepasang. Hajat di hati hendak ambil 2 pasang. Budget pun kurang,jadi ambil sekadar kemampuan sajalah.

Di Beri Vaksin ND pada 16 Nov 2010

Mati pada 16 Nov 2010

White Mandarin Duck

Salam,

Jika diperhatikan Mandarin Duck mempunyai corak-corak yang hampir sama tetapi terdapat perbezaan warna di atas kepala. Ini dapat dikesan terutama pada yang Jantan. Kebiasaan betina mempunyai warna yang sama sesama mereka.

Mandarin Duck juga boleh didapati dalam warna putih dan rupanya juga cantik. Memang seronok tengok mereka ini bermain air..

Di Beri Vaksin ND pada 16 Nov 2010

Mandarin Duck

Salam,

Rasanya agak lama juga aku 'update'. Kebelakangan ini pergerakan pun agak terbatas. Tambahan pula sekarang hujan pun agak kerap. Badan & otak pun letih, jadi blog aku tinggalkan sementara. Salah satu itik yang sememang berhajat untuk dipelihara; Mandarin Duck.Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku miliki.

Di Beri Vaksin ND pada 16 Nov 2010

Di Beri Vaksin ND pada 16 Nov 2010

Mengenali Jantina Unggas Anda

Salam,

Sebelum saya ceritakan lebih lanjut, saya ucapkan terima kasih kepada ammar86 kerana sudi berkongsi ilmu bersama saya dan pembaca blog. Bagaimana mengetahui jantina unggas anda; caranya adalah dengan menterbalikkan anak ayam, itik atau unggas yang lain seperti gambar dibawah. Jika anda mendapati unggas itu cuba menaikkan badan atau kepala, ini menandakan unggas itu ialah Jantan dan jika unggas berkenaan hanya melunjurkan kepala ke bawah ini menandakan unggas itu adalah betina.

Selepas ini mungkin anda sudah tidak perlu lagi tertanya - tanya apakah jantina unggas anda. Jika anda kurang yakin anda boleh mencuba keatas unggas yang anda memang sudah pasti jantinanya. Jangan Percaya selagi anda belum mencuba. JADI selamat mencuba.


Yang Ini Adalah Jantan









Yang Ini : Betina



Yang Ini Juga Betina

Ujian Inkubator Automatik

Salam,

Hari ini, baru kami berkesempatan untuk menggantikan 'mentol holder' yang rosak. Ini pun disebabkan inkubator manual yang sedia ada sudah penuh dengan telur. Jadi, tindakan segera perlu diambil bagi membolehkan usaha penetasan telur-telur dapat dijalankan. Sebelum telur-telur dimasukkan, ujian terhadap inkubator harus  dijalankan. Ini bagi memastikan, suhu sebenar inkubator dikenal pasti. He.. he. Kami cuma ikut aturcara penggunaan yang disertakan bersama inkubator sahaja.




Suhu yang dikehendaki 37.2 degree celsius. Setelah pengamatan selama 2 jam, memang kami berpuas hati dengan inkubator ini.

Wabak Sampar

Salam,
Di bahagian Utara buat masa ini sedang dilanda Wabak Sampar.. Pada Pengusaha yang berskala kecil kesannya kurang ketara berbanding dengan yang berskala besar.. Yang Sedihnya ada diantara sahabat yang mengusahakan penjualan daging ayam, dalam 30 ekor ayam kampung untuk disembelih pada keesokkan harinya, 15 ekor telah mati didalam sangkar. Bila diperiksa didapati ayam-ayam ini telah dijangkiti sampar.

Syukur pada yang maha Esa kerna, ayam-ayam di dpf  berada didalam keadaan sihat. Cuma pada masa sekarang hujan yang sentiasa turun merunsingkan aku. Dalam keadaan lembab, ayam-ayam agak mudah dijangkiti penyakit. Jadi keadaan bangsal perlu dipastikan bersih sentiasa. Walaupun bangsal di dpf ini berbumbung, bila sudah hujan.. he he.. kuat juga bau masam tahi ayam ini.. Fuhhh.. boleh pengsan dibuat nya.. Nasib baik ada dedak lapik.. Dapat juga dihindarkan bau-bauan yang sememangnya tidak enak ini..

Kalau aku uruskan bahagian bangsal, wajib bagi aku untuk menggunakan "mask". Aku ini allergi juga dengan habuk-habuk ayam tapi minat dengan ayam ini sebabkan aku teruskan niat walaupun terpaksa bersusah payah melawan habuk-habuk dari ayam.. Yang penting bagi aku adalah kepuasan..

My Dream Polish

Salam,

Selain dari Ayam Bantam antara koleksi yang aku dambakan adalah ayam polish.. Rupa ayam itu seperti gambar di bawah..

Gambar-gambar aku petik dari web berikut:

http://www.thistlehillplantation.com/CHICKEN_COOP.htm



dan http://www.flickr.com/photos/avrillynndudley/galleries/72157622413964139#photo_2282842376


Anak - Anak Red Bourbon

Salam sejahtera ke atas pengunjung blog,

Baru-baru ini pada 15/10, maka menetas telur-telur Red Bourbon. Kebetulan pada hari bekenaan; aku bertugas luar kawasan, jadi melepas jua peluang untuk aku melihat anak-anak red bourbon. Pada masa itu, aku masih lagi berada di FRIM; sedang dalam perbincangan kertas kerja untuk kerjasama projek penyelidikan antara SIRIM & FRIM. Macam biasa, bila aku kerja luar kawasan semua urusan akan diambil alih oleh rakan seperjuangan.. jadi agak kelam kabut juga kawan baik aku ini. Maklum saja, semua kerja kena buat sendirian.

Habis waktu pejabat, bergegas sahabat aku nan seorang ini ke kedai penetasan. Hari itu merupakan hari yang mengembirakan, kesemua 5 biji telur menetas. Cuma anak yang kelima sahaja agak cukup lemah kerana baru saja keluar dari telur. Sudah seminggu anak-anak Red Bourbon menetas dan nampaknya kini mereka sudah semakin cergas. Ada diantaranya sudah mulai tumbuh bulu pelepah. Memang sungguh seronok bila ternakan sudah mulai mengeluarkan hasil.

Anak yang baru menetas





Anak-anak Red Boubon yg berusia seminggu




Di Beri Vaksin ND pada 16 Nov 2010








Penempatan Semula Ayam-Ayam Piru

Baru-baru ini, (16/10) aku & rakan baik bertungkus lumus menyiapkan tempat penempatan sementara untuk ayam-ayam piru yang sudah cukup matang. Ayam-ayam piru yang matang ini perlu diasingkan dari pesangan Red Bourbon yang sudah mulai bertelur. Ini bagi mengelak percampuran persenyawaan antara Red Bourbon dan ayam-ayam piru yang lain.

Di DPF, apabila ayam-ayam yang sedia ada sudah mulai matang, maka ayam-ayam ini akan diasingkan dari kelompok yang berlainan varian.





Anak-anak angsa yg semakin membesar

Salam,

Anak-anak angsa yg aku beli dulu kini dah pun berusia 2 bulan. Sungguh aku tidak menyangka cepat sungguh mereka membesar, jadi kawasan yang sedia ada sudah nampak seakan sempit. Jadi, usaha memindahkan anak-anak angsa terpaksa dilakukan.

Mulanya, usaha untuk memindahkan anak-anak angsa dilakukan pada sabtu (9/10), tapi terpaksa dibatalkan sebabnya rakan aku baru saja pulang dari UPM sempena Hari Konvokesen anak saudaranya. Jadi, pada hari itu kira diistiharkan hari untuk bercuti. Pada keesokkan hari, barang-barang untuk pembinaan kepungan sementara dibeli. Dalam jam 2 petang, kerja-kerja pemasangan pukat dilakukan, hanya kayu - kayu terpakai & buluh digunakan sebagai tiang. Pukat dipasang mengelilingi reban yang sedia ada, hanya 'cable tie' saja yang dilakukan untuk mengikat pukat pada tiang-tiang. Untuk lapisan kedua, pemasangan mata punai '1 inchi' dilakukan. Ini sebagai langkah-langkah keselamatan dari biawak - biawak besar yang ada disekitar reban.

Biawak - biawak ini, boleh dikatakan sepanjang 1- 1.5 meter: anggaran yang aku buat setelah aku sendiri melihat mereka berkeliaran sekitar bangsal. Harap - harap biawak berkenaan tidak menganggu haiwan-haiwan ternakan yang ada. Akhir sekali,Kanvas dipasang sebagai tempat teduhan & juga tempat untuk meletakkan makanan serta mengelakkan makanan tersebut dari hujan.

Maka, siap sudah kawasan baru untuk angsa ini bermain-main.  Pertama kali anak-anak angsa dipindahkan, seronok betul mereka ini berlari-lari. Bila sudah malam, anak-anak angsa ini pandai pula cari jalan keluar. Terpaksa aku & rakan halau masuk kedalam kandang. Mereka boleh buat 'dek' , tak nak masuk. Mahu tak mahu aku & rakan terpaksa jadi bapa angsa. Kami terpaksa masuk dulu kedalam kandang. Kemudian baru anak-anak angsa ini ikut masuk.

Seminggu kemudian anak-anak itik Nila & jawi pekan juga dipindahkan kesini. Maklum saja, itik-itik angsa, nila & jawi pekan suka keadaan yang berlopak, rasa kurang selesa pula aku tengok keadaan yang berair didalam tempat yang sedia ada. Pembahagian juga dilakukan untuk mengelak anak-anak itik nila ini jadi mangsa buli.







My Dream Bantam

Salam Pembaca Blog,

Antara ayam-ayam bantam yang menjadi impian aku adalah Golden Sebright Bantam & Silver Sebright Bantam.
Gambar- gambar ini aku petik dari address berikut;

http://www.akersflock.com/breeds.asp?id=23


http://www.backyardpoultry.com/vis/silversebrights.jpg



Bagi aku, memang tersangat cantik.. meleleh air liur..  Coraknya bagai dilukis. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Bila agaknya baru tercapai angan-angan ini..

Vulturine Guinea Fowl

Salam Pengunjung Blog,

Tanggal 20 Oct 2010,aku berharap sepasang Vulturine Guinea Fowl akan bertukar kepada kewarnegaraan Malaysia & menjadi pemaustatin tetap di 'DPF'. Tapi 16 Oct lalu kawan baik aku menasihatkan aku supaya membatalkan hasrat yang terpendam. Katanya tidak sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia. Baru-baru ini pun, sahabat aku ini ada juga memelihara Vulurine,sayangnya ayam ini mati.

Apa pun aku amat berterima kasih atas nasihat yang diberi. Cuma agak menjadi persoalan pada diri aku, kenapa vulturine ini boleh bertahan dengan cuaca di USA. Sedangkan tempat asal Vulturine adalah di Afrika. Kira kemuskilan tahap melampau melanda kotak fikiran aku. Adakah vulturine ini yang bermasalah atau sememang ada sesuatu disebaliknya. Pada hemat aku, jika anak-anak vulturine yang menetas disini dan dapat pula hidup di Malaysia, maka Vulturine mampu membiak di sini. Cuma soalnya, siapa pula yang sanggup membeli telur dan menetaskan anak-anak vulturine di sini.

Moga-moga ada usaha yang pro-aktif dapat dijalankan oleh mana-mana individu untuk membolehkan Vulturine ini membiak di bumi Malaysia. Jika ada yang sudi atau berani mengambil risiko, saya memberikan sepenuh galakkan dalam usaha ini dan jika saya sendiri mampu untuk mendapatkan telur-telur vulturine yang baik, maka saya sendiri bersedia untuk memcuba menternak di bumi Malaysia.

Nampaknya, impian saya yang ini belum dapat dilaksankan buat masa ini..

Gambar - gambar dipetik dari  http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Vulturine_Guineafowl.JPG


dan http://www.honoluluzoo.org/vulturine_guineafowl.htm

dan http://carolinabirds.org/HTML/WLD_Galli_Pheasant.htm

Ehmm.. dapat tengok gambar pun jadi la..

My First Lavender Silkie From Incubator

Salam,.

Hari sabtu minggu ini, antara hari yang aku tunggu. Tarikh yang dijangka anak-anak silkie lavender menetas. Dengan hati yang berbunga-bunga, jam 1pm tanpa berlengah aku terus pergi ke Kedai penetasan. Kebetulan, beras temukut dan gandum dah habis, kira kena membeli belah untuk ayam -ayam di bangsal.

Dari 2 biji telur hanya sebiji sahaja telur yang menetas, satu lagi macam anaknya tidak menjadi. Kesian: pada ayam yang seekor, tidak berteman. Sempat juga aku bermain-main dengan anak silkie. Jinaknya. Bila aku masukkan dalam sangkar.. Tapi kelmarin, teman-teman baru sudah pun masuk..

Alat Ganti Inkubator

Salam,

Hari ni aku terima bungkusan dari En Nizam,  yang mana dalamnya terkandung alat ganti untuk Inkubator : "Mentol Holder". Sayangnya 2 unit dari mentol mengalami kerosakan. Perkara ini aku maklumkan pada En Nizam. Rupanya, Pekerja pos lupa untuk menampal stiker 'fragile' pada kotak berkenaan. Disamping tu,En Nizam juga terlupa untuk memasukkan cebisan2 kertas bagi tujuan penyerapan hentakan.

Dulu aku pun pernah juga buat perkara yang sama. Masa tu seorang sahabat minta aku poskan gigi palsunya yang tertinggal di Malaysia. Jadi, keesokkan hari aku pun mengirim bungkusan berisi gigi palsu ke luar negara, tapi pada masa itu aku terlupa untuk membungkus dengan lapisan plastik yang berupa didalamnya ada ketulan angin. Maaf, aku tak tahu nama khas untuk plastik yang aku maksudkan. Apabila sampai disana gigi palsu pecah sembilan.. He he.. Kesian pada sahabat nan seorang ini. Terpaksa makan tanpa gigi selama sebulan. Balik Malaysia, terpaksa buat gigi palsu semula.

Berbalik pada alat ganti ini, kebetulan aku bercadang untuk mendapatkan stok lampu 5Amp untuk Inkubator manual, jadi terus aku beli 'mentol holder' yang aku perlukan. Harganya pun berpatutan.


My New Automatic Incubator

Salam semua,

Incubator yang aku tunggu akhirnya tiba jua.. Jam 1:55pm ada pekerja penghantar barang dari pos laju menelefon untuk bertanyakan lokasi kediaman aku. Kebetulan, di rumah memang tiada sesiapa, jadi pekerja berkenaan meminta aku untuk mengambil kiriman barang di Pejabat Pos Laju Di Butterworth antara jam 6pm-8pm. Inkubator automatik aku tempah dari En Nizam (anizamagrofarm.blogspot.com). Tempahan ini aku buat pada 3/9/10, masa tu sudah hampir raya puasa, jadi En Nizam tidak dapat menyiapkan tempahan dengan cepat. Maklum saja, ada lagi tempahan yang perlu beliau siapkan. Jadi aku kena tunggu giliran.


Bila sudah siap, baru En Nizam SMS aku. Aku pula sudah tidak sabar menunggu ketibaan incubator model automatic forced-air AT-100A, lepas makan, aku pun terus menuju ke Deposit Cash mesin di CIMB untuk selesaikan pembayaran. Padahal, sehari sebelum itu, aku berada di KL, kena bertugas luar kawasan, kena pula 'travel' ke 3 tempat berasing, masa 2 hari di Slangor, aku ternanti-nanti SMS, kalau2 masa tu incubator sudah siap, namun SMS yang ku nanti tidak kunjung tiba. Jam 10:30pm baru aku sampai rumah. Keesokan petang baru aku terima SMS, kecewa la juga, sebab masa tu aku sudah pun berada di Penang. Maklum saja, aku  sudah pasang angan2 untuk ambil sendiri.. hehe.. kira kes teuja lebih..


Jam 6pm-8pm, masa sibuk akulepas pulang dari kerja. Masa untuk aku dengan ayam2 di bangsal.. kebetulan petang yg sama aku & partner, ada temu janji untuk kerja2 penambakan tanah.. gara2 membesarkan kawasan ternakan..

Jam 6:40pm aku bertolak ke Pejabat Pos Laju di Butterworth, jam 7:40pm baru aku sampai. Masa aku terima incubator dalam kotak, aku dah terasa pelik, kenapa didalam berbunyi seperti ada yang bergerak.. Masa memandu balik, aku tertanya2 bunyi apakah didalam inkubator tu.. Sampai dirumah orang tua, masa tu dah jam 8.00pm,aku biarkan kotak di dalam kereta.. Jam 9:30pm aku keluar untuk selesaikan duit ansuran rumah & dalam jam 11pm baru aku sampai kat rumah sahabat.. Bila dah sampai, terus aku cari gunting, perasaan curiga menyelubungi aku, kenapa bahagian hujung kotak ni kena koyak.. Bila incubator dah dikeluarkan dari kotak, aku pun buka penutup inkubator ni.. Buatannya memang kemas cuma ada bahagian yang buat aku !!!! Adusss.. kecewa la juga.. bila tengok 3unit mentol holder dah patah.. aku jadi tertanya-tanya macam mana pekerja pos laju mengendali barang 'fragile' ni.. Aku pun agak musykil dengan keadaan kerosakan pada inkubator ni.. Sakit hati juga.. tak pasal2 aku  kena cari ganti mentol holder ini.. apa pun masa itu juga aku SMS En Nizam bagitahu keadaan Inkubator yang aku terima..





Inkubator auto ni, adalah sebagai langkah-langkah awal penyediaan bagi penetasan  telur yang bakal dikeluarkan oleh baka-baka yang ada. Maklum la, inkubator manual yang ada mana la boleh tampung kalau ayam-ayam yang ada sudah mula mengeluarkan telur.. Buat masa ini hanya 10 biji telur sahaja yang dihantar keluar untuk penetasan, sebabnya inkubator manual yang ditempah tidak siap seperti yang dijanjikan. 


Terima Kasih pada En Nizam di atas sumbangan kepakaran saudara dalam membantu penternak-penternak seperti kami ini..

Moga-moga lepas ini dapat aku kembang biakkan spesis ternakan yang ada di bangsal aku ini..

Itik Nila & Jawi Pekan

Salam,
Aku & Sahabat memang bercadang untuk memelihara itik nila, kebetulan 26/9 yang lepas tercapai jua hajat di hati. Dapat beli 3 ekor: 1 jantan & 2 betina.. Mulanya mahukan yang dewasa, tapi bila sudah jumpa yang kecil molek. Lebih baik sambar terus, yang ada pun cuma dalam 3 ekor. Maklum saja, cuma pada hari bercuti saja kami boleh tinjau pada kawan-kawan untuk cari benih ternakan & pada 29/9 kami tambah lagi sepasang itik jawi pekan sebagai koleksi ternakan itik.

Emerald Green Peafowl & Common Shelduck

Salam,
Hari ini merupakan hari yang mengembirakan aku. Selain dari Inkubator, hari ini aku juga Merak & Itik yang aku tunggu sudah tiba di "little farm".. Sudah hampir sebulan penantian baru kini Emerald Green Peafowl & Common Shelduck berada di depan mata.. hehe.. Orang yang paling gembira, siapa lagi kalau bukan sahabat baik aku nan seorang, tersenyum sampai ke telinga. Begitu juga dengan yang lain-lain, bertuah dapat keluarga yang bagi sokongan dalam hobi penternakan.







 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates