Berita Terbaru

Salam,
Agak lama juga blog ini tidak di kemaskini. Aku agak sibuk dengan kerja-kerja pejabat dan kertas kerja ICAMN 2010. Dan bertambah lesu bila mana ada ternakan yang mati disebabkan keadaan cuaca yang sering kali hujan.

Bermula dengan wabak ND disusuli pula dengan wabak selsema, banyak juga ayam - ayam aku yang mati. 10 ekor pied api-api, 15 ekor silkie (putih, hitam, kelabu, perang), 3 ekor ayam belanda, 1 ekor red bourban, 4 ekor merak menjadi korban. Walaupun sudah disuntik dengan vaksin ND. Ayam-ayam ini masih lagi terkena jangkitan. Cuma ayam-ayam yang sudah disuntik melebihi 3 bulan yang mampu bertahan dengan wabak penyakit ini.

Ayam-ayam berikut mati disebabkan kegagalan mereka dalam mengeluarkan lendir yang terkumpul didalam kerongkong. Dari pemerhatian yang dibuat, bila mana ayam-ayam dijangkiti selsema, ayam-ayam ini tidak minum, tidak makan dan hanya duduk semata-mata. Dalam masa 2 hari, ayam-ayam ini akan lemah dan seterusnya mati. Dalam masa sebulan, boleh dikatakan ada saja ayam-ayam yang mati, kena pula ayam-ayam esotik. Termenung panjang la juga.. Pelbagai ubat aku & sahabat cuba.

Jadi untuk mengatasi penyakit ini, satu campuran ubat amoxicillin, Erysol 200, Doxy & Tylosin.diberi selama 2 minggu. Erysol 200 boleh didapati dengan pakej sekitar RM10, manakala amoxicillin, Doxy & Tylosin boleh dibeli dengan harga RM300-500 satu bungkus antara 500g-1kg. Harga bergantung pada kuantiti kandungan bahan. Untuk sesiapa yang perlukan ubat-ubat yang aku gunakan (Doxy & Tylosin) harga untuk 100g setiap satu = RM50.
Alhamdulillah, kadar kematian berjaya dikurangkan.



0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates