Kematian yang menjadi tanda tanya..

Hari Ahad (26/9) & Isnin (27/9) merupakan yang yang mendukacitakan bagi aku.. Jam 11:30 pm aku menerima berita Kematian Ibu Saudara yang mana pada diri ku, ibu saudara ini merupakan Insan yang amat memahami diri aku, tempat aku menumpang kasih, tempat aku merujuk samada perihal peribadi, perniagaan dan lain-lain hal. Termanggu aku seketika, padahal aku memang tidak bersedia untuk menerima kehilangannya. Maklum saja, masa hari raya hari tu kami 2 keluarga bersama-sama pergi mengunjungi sanak saudara yang lain. Walaupun kurang bertenaga tapi ibu saudara aku masih mampu menguntum senyuman. Selain dari ayanhanda ku,ibu & adik beradik yang lain, aku juga memang mengharapkan untuk ibu saudara ku ini menyaksikan kejayaan aku dalam bidang kerjaya penyelidikan yang sedang aku ceburi mahupun bidang ternakan & penanaman orkid. Tapi Allah lebih mengasihani ayahanda ku & ibu saudara ku ini. Moga Allah menempatkan mereka dikalangan orang-orang yang soleh.

Jadi, segala urusan pada hari Ahad & Isnin aku serahkan pada rakan kongsi. Cuma pada petang selasa baru aku boleh bersama-sama untuk menguruskan semula ternakan & tanaman orkid. Sebelum pada itu sahabat aku sudah memaklumkan ada seekor ayam belanda sudah mati, 2 ekor ayam belanda kurang sihat & seekor ayam remaja selasih mati.Petang hari selasa masa aku sampai, aku terpandang salah seekor mati kelemasan; gara-gara terjun kedalam kolam mandian itik, bila aku jenguh ke dalam reban ternakan ayam selasih yang remaja, aduh; aku terlihat seekor lagi ayam selasih telah pun mati disusuli, dengan seekor ayam belanda.Sedih juga bila tengok ayam ini di depan mata.

Jadi, untuk sepanjang 2 hari ni, aku dah kehilangan 3 ekor ayam belanda yang hampir matang (sudah masuk 9 bulan) & 2 ekor ayam selasih remaja. Aku & sahabat masing2, jadi bingung, kenapa ayam2 ini boleh mati, sedangkan selepas 3 hari anak-anak ayam yang menetas akan terus diberi vaksin & pada usia 3 bulan ayam-ayam ini akan disuntik dengan vaksin pencegahan dari penyakit sampar. Kami sudah sedia maklum, sepanjang tempoh 3 hari ini, hujan memang cukup lebat. Kami tercari-cari punca kematian ayam-ayam ini.. Kalau kena sampar sudah tentu ayam-ayam kampung yang diternak sudah banyak menemui ajal. Cuma dari pemerhatian, apa yang kami lihat, bila masuk musim hujan, kebanyakan ayam2 akan nampak monyok.. maklum saja tidak dapat bergerak bebas. Kebiasaannya, pada waktu petang, ayam-ayam ini akan dilepas bebas untuk selama 2 jam. Yang aku paling tidak suka pasal ayam-ayam ini ialah budaya membuli, budaya suka mematuk bulu kawankwan.. budaya pijak kawan-kawan.. jadi untuk memastikan ayam2 yang lain sihat, maka kami mengambil keputusan mengasingkan pembuli ni dari kelompoknya. Salah satu kaedah yang pernah kami praktik adalah dengan meletakkan batang pisang untuk ayam-ayam memagut.. dalam satu hari habis batang-batang pisang ni dipagut.. kalau kena sebulan, kami pun tidak tahu dimana hendak cari batang-batang pisang ini.. Jadi kaedah yang ke dua adalah meletakkan batang sagu, tapi zaman sekarang ini, bukan senang hendak cari orang yang boleh bekalkan batang sagu, satu batang sagu yang dipotong 3 kaki, boleh bertahan untuk 2 bulan bagi 30ekor ayam,sudah 3 minggu kami merayau-rayau cari batang sagu. Jadi bila dah tak jumpa, cara paling mudah adalah dengan mengasingkan ayam-ayam yang agresif dari kelompoknya. Kalau ayam-ayam yang ada ini untuk aku jual, memang aku dah jual, cuma pada masa ini, kami masih diperingkat untuk pembiakan. Jadi memang agak mencabar untuk memastikan tenakan sentiasa dalam keadaan sihat sentiasa.

0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates