Inkubator Manual

Salam Buat Pengunjung Blog ini,

Sabtu ; 25/9 aku ada menempah inkubator manual di kedai, tauke kedai memaklumkan hari Isnin aku sudah boleh datang untuk ambil inkubator tersebut. Hari Isnin memang aku tidak boleh datang, jadi aku serahkan urusan ini pada sahabat baik aku untuk urusan berkenaan.. sebabnya hari Isnin-Selasa aku kena pergi "outstation" berkaitan urusan kerja penyelidikan di Institusi tempat aku bekerja. Semasa di KL dalam kepala aku, inkubator sudah boleh beroperasi pada hari isnin tu. Letih juga bila nak kena mengembara ke 3 tempat dalam masa 2 hari, aku bertolak dari Kulim jam 9:20am, sampai di Shah Alam dah 1:55pm, pemanduan tanpa henti, gara-gara jam 2:30pm sudah kena masuk mesyuarat. Keesokkan pula jam 9:00am bertolak ke Serdang, sebab tersalah masuk lorong, aku sampai lewat setengah jam dari masa temujanji. Kira bertuah juga, sebab yang lain - lain pun lewat sampai. Masing-masing lewat setengah jam. Lega rasanya. Aku ni, walaupun sudah 7 1/2 tahun tinggal kat Shah Alam tapi jalan-jalan di sini aku tidak hafal. Selalu juga aku tersalah ambil lorong. Jam 11am baru sampai ke tempat yang dituju. Jam 3pm aku kena berada di FRIM, Kepong. Nasib baik, bangku pemandu di ambil orang, jadi dapat aku rehat sekejap. Maklum saja, nanti aku juga yang kena memandu ke Penang. Habis meeting, aku sudah tak sabar memandu balik, jam 10:30pm baru sampai di Rumah.

Ehmmm.. sampai saja dirumah, aku terus menelefon sahabat baik, terasa hampa juga, bila di beritahu inkubator belum juga siap, di suruh nya datang hari rabu,jadi hari rabu aku & sahabat pergi lagi, belum juga siap..  memang aku sudah rasa bengang degan tauke ni.. asyik ubah hari saja. Hari ni pun pergi lagi.. nasib baik siap.. sejuk hati,aku sudah tidak sabar hendak masukkan telur2 Button Quail dalam inkubator ini.. Tercapai juga cita-cita untuk eramkan telur ini sendiri..


0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates